9 beg isi cebisan mayat mangsa Lion Air JT610 0 6060

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia berkata malam ini, cebisan mayat yang ditemui dari tapak nahas diletakkan dalam sembilan beg mayat, namun tidak pasti berapa ramai mangsa terbabit.

Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk pesawat Boeing 737 MAX 8 milik penerbangan JT610 Lion Air yang berlepas dari ibu kota ini 6.20 pagi tadi menuju ke ibu kota wilayah Bangka Belitung.

Laman web penerbangan Flight Tracker berkata, pesawat dijadualkan tiba jam 7.20 pagi di Pangkal Pinang, Sumatera.

Pihak berkuasa berkata, pekerja penyelamat menjalankan carian di tapak sejauh 2 batu nautika di selatan, koordinat terakhir pesawat dikesan. Penumpang terdiri daripada 178 orang, dua bayi, seorang kanak-kanak serta sekurang-kurangnya 20 pegawai Kementerian Kewangan dan seorang warga Itali.

Juruterbang warga India, Kapten Bhavye Suneja antara tujuh kru penerbangan yang maut dalam nahas itu.

Sementara itu, laman web sfgate melaporkan, rakan dan saudara mara mengucapkan takziah kepada ibu bapa juruterbang warga India terbabit sebelum pasangan itu berlepas dari New Delhi ke ibu kota ini.

“Tolong doakan kami,” kata ibu Suneja yang menangis ketika masuk dalam kenderaan.

Seorang rakan keluarga, Anil Gupta, berkata, bapa Suneja terkejut sehingga tergamam apabila menerima berita itu manakala saudara perempuan dan ibunya enggan bertemu sesiapa. – Agensi/NYT

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13136

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12508

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news