Kerajaan Persekutuan digesa tak sekadar tabur janji isu Sabah, S’wak 0 5766

Kerajaan persekutuan perlu memberi perhatian sewajarnya kepada Sabah dan Sarawak supaya kedua-dua negeri itu dapat ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan negeri lain di Semenanjung.

Jonathan Yasin (HARAPAN-Ranau) berkata beliau tidak mahu rakyat di kedua-dua negeri itu merasakan terpinggir kerana tidak dilayan sebaik mungkin.

Bahkan, katanya, sejak Perjanjian Malaysia termaktub pada 1963, Sabah sebagai contohnya lebih banyak mencatatkan rekod yang tidak sepatutnya.

“Satu masa saya mengkaji saya dapati memang betul rakyat Sabah termiskin nombor satu, penyakit malaria juga tertinggi nombor satu…gaji juga nombor satu paling rendah kalau kerja buruh, komoditi juga nombor satu paling murah.

“Bekalan air bersih paling teruk nombor satu juga, begitu juga bekalan eletrik…kita hadapi semua perkara ini. Tetapi adakah bila kita kaji dasar-dasar kerajaan, ekonomi dan sebagainya kita mengambil kira semua ini? Bila kita akan selesaikan isu-isu ini?” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jonathan dalam hujahnya turut menggesa kerajaan pusat untuk mengambil tindakan yang serius dan tidak lagi berdolak dalik, antaranya dalam isu royalti minyak.

“Bila kita minta supaya diberi perkara lebih baik untuk Sabah misalnya dalam isu minyak, ia hanyalah dijanji, dikaji, dijanji dan dikaji sahaja, masa BN kaji masa Pakatan Harapan pula janji.

“Dalam buku (manifesto) kita dijanjikan dalam 100 hari, patut dah ada keputusan tetapi sampai sekarang masih di peringkat kajian,” katanya.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news