Najib minta kerajaan henti salahkan dirinya, BN 0 5794

Beliau berkata, malah kejatuhan nilai ringgit, pengangguran dan penurunan jumlah kedatangan pelancong semakin ketara.

“Kesimpulannya, saya berharap kecenderungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyalahkan saya dan kerajaan BN tidak lagi menjadi pendekatan mereka.

“Sepatutnya seluruh perhatian dan tenaga mereka digunakan untuk menyelamatkan ekonomi negara, bagaimana kita boleh melindungi kepentingan rakyat, bagaimana kita boleh menghadapi persekitaran ekonomi yang lebih mencabar ini,” katanya.

Video berdurasi selama 10 minit itu antara lain, Najib memperkatakan sejak PH mengambil alih pentadbiran kerajaan, rakyat masih belum melihat dengan jelas hala tuju pentadbiran negara khususnya dalam pengurusan ekonomi.

Katanya, BN berjaya mencapai kadar pertumbuhan ekonomi 5.9 peratus pada 2017, manakala kadar pertumbuhan purata dalam tempoh sembilan tahun mencecah 5.254 peratus sepanjang beliau menjadi perdana menteri.

“Sejak PH berkuasa semua ramalan dan andaian menunjukkan bahawa trend semakin lemah dan menguncup.

“Seperti pada tahun ini dijangka ekonomi akan berkembang hanya dalam kadar 4.5 peratus. Pada tahun hadapan ia akan menunjukkan trend yang semakin lemah,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut bimbang dengan ramalan Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa bahawa 2019 akan menjadi tahun yang mencabar kerana ketidaktentuan perdagangan antarabangsa yang akan memberi tekanan ke atas ekonomi negara seperti Malaysia.

Mengulas mengenai nilai ringgit pula, Najib berkata nilai mata wang itu semakin jatuh iaitu kini pada paras RM4.14 berbanding AS$1.

“BN akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif.

“Kita tidak ada niat melainkan mengetengahkan pandangan dan buah fikiran supaya menjadi pembangkang yang membina.

“Kita boleh lihat amalan demokrasi berparlimen yang sihat di negara Malaysia yang tercinta ini,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13072

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news