Peruntukan pembangunan kepada Sabah, Sarawak dikaji 0 6269

KUCHING: Jawatankuasa pemandu Pakatan Harapan (PH) Sarawak dan Sabah termasuk jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan akan mengkaji serta membincangkan peruntukan pembangunan yang diberikan kepada kedua-dua negeri ini, dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan baru-baru ini.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jenberkata ia memandangkan Belanjawan 2019 yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 November lalu tidak memenuhi tuntutan 30 peratus seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu menambah, ia sekali gus menyaksikan pengurangan peruntukan yang sepatutnya diberikan oleh kerajaan persekutuan PH kepada Sarawak dan Sabah.

“Telah dijanjikan dalam manifesto PH bahawa Sarawak dan Sabah akan mendapat 30 peratus daripada peruntukan pembangunan yang digabungkan.

“Tetapi angka yang diperolehi dalam bajet adalah kurang daripada 20 peratus,”katanya pada sidang media sempena Konvensyen Biasa DAP Sarawak Ke-18 yang dirasmikan Menteri Pengangkutan merangkap Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke di Crown Square, di sini semalam.

Justeru, Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak melihat peruntukan tersebut sebagai kelemahan dalam Belanjawan 2019, sekali gus menunjukkan kegagalan PH dalam menunaikan janji.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan ia adalah atas faktor kekangan kewangan yang dihadapi negara, menyebabkan peruntukan yang dijanjikan itu tidak dapat dipenuhi.

“Namun demikian, kami akan terus berusaha mendapatkan apa yang telah dijanjikan kepada Sarawak dan Sabah dalam manifesto PRU14,” ujarnya.

Sementara itu, Loke turut menjelaskan antara sebab yang menyumbang kepada kelemahan Belanjawan 2019 adalah komitmen kerajaan untuk membayar balik cukai.

“Kami akan membayar balik GST dan cukai pendapatan berjumlah RM34 bilion sepanjang tahun 2019.

“Ini sepatutnya dibayar oleh kerajaan persekutuan terdahulu pada dua atau tigatahun lepas tetapi mereka tidak melakukannya,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news