10 tercedera, pesawat Boeing mendarat cemas di Guyana 0 5721

GEORGETOWN: Sepuluh orang telah tercedera dalam beberapa keadaan dikatakan sebagai “kekecohan” ketika sebuah pesawat Boeing membawa 126 orang, kebanyakannya rakyat Kanada, mendarat cemas di bandar utama Georgetown di Guyana kelmarin, tergelincir hingga berhenti dengan sendirinya sebelum terjatuh.

Pesawat Fly Jamaica Airways dalam perjalanan ke Toronto ketika ia mengalami satu masalah hidraulik sejurus selepas berlepas dan kembali ke lapangan terbang, terhempas dan terkeluar dari landasan, menurut Menteri Pengangkutan David Patterson.

“Semua orang kelam-kabut, menjerit-jerit, menangis kerana takut,” menurut penumpang Invor Bedessee, menceritakan bagaimana beberapa orangtelah tercedera ketika keluar dari pesawat.

“Terdapat beberapa orang yang tercederasemasa menuruni gelongsor kecemasan atau tidak keluar dari pesawat dengan cepat, menyebabkan orang di belakang telah menendang mereka,” beliau memberitahu pihak penyiaran awam Kanada CBC.“Terdapat banyak kekecohan berlaku.

”Bedessee menyatakan pelepasan telah ditangguhkan sema kira-kira 45 minit disebabkan salah satu dari pintu bahagian kiri telah “tidak ditutup dengan baik” dan pihak kru penyelenggaraan telah dipanggil bagi memperbaiki masalah tersebut.

Patterson menyatakan kecederaan adalah tidak membahayakan nyawa dan mangsa yang tercedera telah dibawa ke sebuah hospital berhampiran dengan lapangan terbang di pantai Atlantik di negara Amerika Selatan.

Ketua Pegawai Perubatan Guyana, Shamdeo Persaud, menyatakan lima orang dari mangsa yang tercedera telah dirujuk ke hospital lain untuk “siasatan lanjut” bagi kecederaan spina.

Seramai 118 penumpang di dalam pesawat Boeing 757-200 termasuk 82 orang rakyat Kanada. Terdapat lapan kru dalam penerbangan itu.

“Sehingga sekarang, kami tidak mempunyai laporan mengenai mana-mana rakyat Kanada yang telah tercedera,” menurut jurucakap kerajaan Philip Hannan di Ottawa.

“Pegawai konsular Kanada telah berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan bersedia untuk memberikan bantuan konsular kepada rakyat Kanada sekiranya diperlukan.

”Selepas berlepas pada jam 2.10 pagi waktu tempatan, juruterbang telah melaporkan satu masalah dengan sistemhidraulik ketika 10 minit dalam penerbangan.

“Kami telah terbang selama kira-kira 10, 15 minit di udara, hanya di lautan Atlantik,dan kami telah berlegar-legar kira-kira beberapa kali serta kapten mengumumkan terdapat beberapa masalah hidraulik, dan kami terpaksa pulang ke lapangan terbang,” Bedessee memberitahu CBC.

“Ketika kami mendarat di lapangan terbang, tayar masih lagi berpusing, ia tidak membrek, terdapat tiada brek hidraulik bagi membrek tayar dan kemudian kami terhumban keluar dari landasan,” menurut penumpang yang masih kelihatan gementar.

Gambar menunjukkan pesawat telah mendarat di atas pasir tidak jauh dari satu kawasan cerun.“Salah satu dari bahagian sayap tercabut dan enjin bahagian kanan telah tercabut serta kami terhempas di atas satu timbunan besar pasir di hujung sebuah cerun.

Terdapat satu kejatuhan besar kira-kira 30, 40 kaki di bahagian lain,” menurut Bedessee.Seorang penduduk memberitahu AFP bahawa beliau telah mendengar satu letupan yang kuat dan kemudian beliau keluar, beliau telah melihat asap.

“Saya melihat cahaya yang terang dan asap, mendengar bunyi siren, orang menjerit-jerit. Saya melihat pesawat terbalik pada satu sudut namun sebelum ini saya telah mendengar satu letupan yang kuat,” kata Melana Perreira Bedessee menyatakan insiden telah menyebabkan beliau dalam keadaan “sangat terkejut dan sangat, saya tidak tahu, ketakutan.”Pengarah Besar bagi Guyana Civil Aviation Authority, Egbert Field, menyatakan juruterbang pesawat masih belum ditemu bual namun perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit telah dikeluarkan dari pesawat malang dan dihantar ke Amerika Syarikat untuk analisis.

“Ia telah dikeluarkan dan akan dihantar keNational Transportation Safety Board untuk penafsiran kod,” kata Field.Pihak polis dan tentera Guyana menjaga kawasan nahas bagi pihak penyiasat memulakan tugasan mereka. — AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news