Thailand buat Malaysia gigit jari 0 5841

KUALA LUMPUR: Thailand terus menjadi ‘mimpi ngeri’ buat Malaysia apabila skuad futsal lelaki negara terpaksa akur tumbang 2-4 di tangan juara bertahan itu, pada pentas akhir Kejuaraan Futsal AFF 2018 di Yogyakarta, sebentar tadi.

Ini sekali gus menyaksikan anak buah Chiew Chun Yong gagal membalas dendam kekalahan 4-3 di pentas final edisi tahun lalu di tangan lawan sama, yang turut menafikan pingat emas Malaysia pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Malah, penantian Malaysia untuk merangkul kejuaraan itu berterusan dengan mereka perlu berpuas hati apabila meraih gelaran naib juara buat kali kedua berturut-turut.

Kemenangan itu membolehkan skuad Gajah Perang terus mendominasi sukan futsal di rantau ini apabila menghimpun gelaran ke-14 mereka pada kejohanan terbabit.

Pada aksi di Gelanggang Olahraga Universitas Negeri Yogyakarta itu, Malaysia terlebih dahulu dikejutkan seawal minit kedua hasil penyudah Muhammad Osamanmusa menerusi satu hantaran jauh.

Mohd Awalludin Mat Nawi kemudian mengikat kedudukan buat Malaysia menerusi jaringan pertama pada minit ke-11.

Bagaimanapun, gerakan Thailand dari sebelah kiri berjaya disudahkan Jetsada Chudech yang tidak dikawal untuk menyumbang gol kedua Thailand pada minit ke-16 dan kekal mendahului 2-1 sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Thailand terus garang apabila melebarkan jurang dengan gol ketiga menerusi Apiwat Chaemcharoen pada awal permainan.

Meskipun mendahului, ia langsung tidak menyekat keinginan Thailand untuk memburu gol tambahan selepas mereka kerap mengasak gawang gol Malaysia.

Ketinggalan dua gol dan perlawanan berbaki tujuh minit, Chun Yong menggunakan taktikal ‘power play’ dengan beraksi tanpa penjaga gol.

Ternyata taktik itu membuahkan hasil apabila pemain negara berjaya mengurangkan defisit kepada 3-2, hasil jaringan Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin pada minit ke-33.

Ketika ghairah memburu gol, Malaysia kehilangan bola ketika menggunakan ‘power play’ dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Thailand yang melakukan percubaan jauh menuju ke gawang kosong untuk gol keempat pada minit ke-37, hasil jaringan Chaivat Jamgrajang.

Sementara itu, penentuan tempat ketiga menyaksikan tuan rumah, Indonesia menebus kehampaan gagal ke pentas akhir di laman sendiri apabila menjinakkan Vietnam 3-1. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news