Wanita lemas ketika menangkap ikan di Batang Igan 0 5912

SIBU: Seorang wanita ditemukan lemas dipercayai ketika melakukan aktiviti menangkap ikan di Batang Igan, hari ini.

Mayat mangsa dikenali sebagai Lila Majenum Medan berusia 55 tahun.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 3 petang tadi.

BBP Sungai Merah diketuai oleh PB Peter Jinang dengan kekuatan tujuh anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah bot.

“Pasukan bomba memberikan bantuan mengambil mayat yang disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan operasi tamat pada pukul 5 petang. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13072

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news