RM40 juta untuk sukat tanah NCR tahun depan 0 6049

KUCHING: Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM40 juta untuk melakukan kerja-kerja menyukat tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) tahun hadapan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan negeri meluluskan peruntukan itu berikutan tiada peruntukan disediakan Kerajaan Persekutuan bagi tujuan tersebut dalam Bajet 2019.

Beliau berkata ia petunjuk jelas bahawa Kerajaan Negeri sangat komited menyelesaikan isu tanah NCR di Sarawakdan melibatkan semua penduduk asal di negeri ini.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah meluluskan RM40juta supaya kerja-kerja menyukat tanah NCR di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri dapat diteruskan pada 2019.

“Ada kawan kita di sini (dalam Dewan) hanya lantang menuding jari menuduh dan menyalahkan kerajaan negeri tetapi mereka sendiri tidak berusaha mencari dana dan cara bagaimana menyelesaikan masalah sebaliknya mengelirukan rakyat,”katanya.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau turut menggesa orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata pihak tidak bertanggungjawab kerana Kerajaan Negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertekad tinggi menyelesaikan isu-isu NCR.

Mengenai Domain Wilayah Pribumi (NTD), Uggah berkata jawatankuasa yangdipengerusikan beliau sendiri masih dalam proses menetapkan undang-undang berkaitan permohonan Surat Hak Milik Guna Sama Pribumi.

Menurutnya, jawatankuasa itu di peringkat akhir memuktamadkan undang-undang berkaitan permohonan Surat Hak Milik Guna Sama Pribumi.

“Kementerian saya dengan Majlis Adat Istiadat akan menganjurkan jerayawara mengenai Kanun Tanah Negeri (Pindaan) 2018 di seluruh negeri pada tahun hadapan.

“Jerayawara yang dicadangkan ini disokong Pejabat Ketua Peguam Negeri dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS),” katanya.Menurutnya, sehingga hari ini masih ada pihak yang enggan memahami Kanun Tanah Negeri (Pindaan) 2018 berhubung Domain Wilayah Pribumi. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news