Rundingan awal ICERD Januari depan 0 6168

PUTRAJAYA: Sesi rundingan dan libat urus dengan pelbagai pihak berhubung hasrat kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan dimulakan Januari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, berkata kerajaan masih tiada kata putus berhubung hasrat meratifikasi konvensyen berkenaan dan memaklumkan sesi berkenaan akan dimulakan Januari tahun depan untuk mendapatkan maklum balas pelbagai pihak berhubung perkara itu.

“Masih belum ada keputusan (ratifikasi ICERD). Seperti yang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad katakan sebelum ini, pandangan dan maklum balas semua pihak perlu didengar berhubung hasrat meratifikasi konvensyen itu.

“Kemudian, maklum balas yang diterima akan diserahkan kepada kerajaan, seterusnya Kabinet akan buat keputusannya.

“Kita tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk sesi rundingan ini. Saya perlu jelaskan di sini, kerana sebelum ini kenyataan saya pernah disalah tafsir bahawa wujud tempoh masa untuk perkara ini.

“Kerajaan akan berunding dengan semua pihak dan kami akan membuat keputusan kemudian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Metta 2018 di sini, hari ini.

Bertemakan ‘Opening of Heart’, Konvensyen Metta 2018 yang menekankan mengenai kebaikan dan kasih sayang mengumpulkan penganut pelbagai agama dari beberapa negara bagi mengadakan sesi perkongsian terutama berkaitan perhubungan sesama manusia.

Waytha ketika menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH PKR-Pasir Gudang) pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat semalam berkata, keresahan segelintir pihak berhubung ICERD tercetus berikutan kegagalan mereka memahami inti pati cadangan perjanjian itu.

Beliau turut memaklumkan setakat ini, belum diputuskan bagaimana sesi rundingan dan libat urus itu akan dilaksanakan.

“Saya perlu berbincang dengan rakan Kabinet yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam kerana perkara ini membabitkan pelbagai komuniti serta umat Islam.

“Saya akan berjumpa dengannya untuk membincangkan perkara ini dalam masa terdekat dan merancang bagaimana untuk melaksanakan sesi rundingan berkenaan,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news