Seperti yang kita maklum Batu Katak yang terletak di Jalan Sibu-Bintulu merupakan satu batu yang penuh cerita misteri yang terdapat di Sarawak.
Bagi yang belum tahu, Batu katak sememangnya seperti seekor katak jika kita melihat dari jauh. Batu tersebut sememangnya menjadi tumpuan oran awam khususnya kaki nombor ekor, kerana difahamkan banyak yang menjadi kaya oleh batu katak ini.
Bagi yang baru pertama kali sampai ke kawasan batu ini mungkin akan berasa hairam. Kerana batu tersebut dipenuhi dengan lubang-lubang, bermacam-macam jenis nombor dan barang-barang pemujaan yang telah dibuat dan ditinggalkan oleh kaki nombor ekor.
Persoalan sekarang mampukah batu katak tersebut akan bertahan? Kerana ada ura-ura mengatakan batu katak tersebut akan dimusnahkan untuk bagi memberi laluan kepada Projek Lebuhraya Pan Borneo.
Penulis mendapat info dulu, ada cubaan untuk memusnahkan batu tersebut dengan cara meletupkannya. Tapi tidak berjaya kerana batu tersebut dikatakan terlalu “Kebal” untuk diletupkan.
Menurut cerita punca batu katak itu tidak dapat diletupkan kerana ia dijaga oleh penunggu batu. Setakat ini sejauh mana kebenarannya masih lagi tidak diketahui.Hanya dan saja akan memberi jawapannya adakah batu katak tersebut berjaya diletupkan atau tidak satu hari nanti? – Kamek Miak Sarawak