Ikan paus dijumpai mati dengan 6kg plastik di dalam perut 0 6738

JAKARTA: Seekor ikan paus dijumpai mati di Indonesia dengan 115 cawan plastik dan 25 beg plastik di dalam perutnya, yang menimbulkan kebimbangan di kalangan aktivis alam sekitar dan menarik tumpuan kepada masalah sampah di negara tersebut.

Benda itu merupakan sebahagian daripada sampah plastik hampir sebanyak enam kilogram yang dijumpai di dalam bangkai ikan sepanjang 9.5 meter itu selepas ia terdampar di tepi pantai dalam Taman Negara Wakatobi, dalam wilayah Sulawesi Tenggara, pada Isnin lepas.

Sampah lain termasuk selipar dan cadar tarpal yang koyak, kata ketua pelancongan Wakatobi, La Ode Saleh Hanan, kepada AFP semalam.Kumpulan pemuliharaan WWF Indonesia berkata dalam media sosial, kakitangannya menjumpai empat botol plastik dan 3.26 kilogram tali raffia, selain cawan dan beg plastik.

Punca sebenar kematian ikan paus itu belum lagi diketahui tetapi tanda me-nunjukkan “sampah plastik mungkin telah mencetuskannya”, kata penyelaras pemuliharaan spesies marin WWF Indonesia, Dwi Suprapti, kepada AFP.

Daerah Wakatobi, sebuah himpunan empat pulau utama yang indah dan dikelilingi rizab marin, telah menggesa kerajaan pusat Indonesia untuk membantu menangani masalah sampah marin.

Indonesia merupakan pe-nyumbang kedua terbesar kepada sampah marin selepas China, dan 1.29 juta tan metrik dianggarkan dihasilkan setiap tahun.

Masalah itu sudah menjadi begitu buruk sekali sehingga-kan pegawai Indonesia mengisytiharkan “darurat sampah” pada tahun lepas setelah kawasan pantai sepanjang enam kilometer di Pulau Bali dipenuhi sampah.

Kepulauan dengan lebih 17,000 pulau itu berjanji untuk mengurangkan sampah plastik marin sebanyak 70 peratus menjelang 2025.Ia merancang untuk me-rangsang khidmat kitar semula, membendung penggunaan beg plastik, melancarkan kempen pembersihan dan menimbulkan kesedaran awam.

Namun infrastruktur pemprosesan sampah yang buruk dan kesedaran rendah di kalangan 260 juta penduduk ternyata halangan yang besar. — AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12483

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news