Kota Samarahan: Gempar di sebuah tanah perkuburan islam (lokasi dirahsiakan) malam tadi apabila 3 objek yang menyerupai mayat, yang dikapankan dijumpai oleh penduduk kampung di atas kubur.
Menurut info awal penduduk kampung yang terjumpa objek berkenaan terus menghubungi ustaz untuk membuat pemeriksaan.
Namun difahamkan pemeriksaan hanya dijalankan pagi tadi oleh ustaz yang hadir bersama penduduk kampung.
Hasil pemeriksaan, 3 objek yang menyerupai mayat yang di kapan kan ada berkaitan ilmu hitam atau unsur khurafat yang telah dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab
Setakat berita ini ditulis ketiga-tiga objek tersebut telah pun dimusnahkan oleh ustaz dengan membakar kesemua objek berkenaan-Kamek Miak Sarawak