Badan Bertindak kuil dakwa Adib kemalangan 0 6624

SUBANG JAYA: Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang parah dalam insiden rusuhan berhadapan kuil awal pagi semalam disebabkan kemalangan jalan raya.

Setiausaha Badan Bertindak kuil itu, V K Regu mendakwa, kejadian dipercayai berlaku apabila jentera JBPM mengundurkan kenderaannya dengan laju, sebelum sekumpulan individu menjerit memaklumkan ada individu di belakang jentera berkenaan.

“Tindakan mereka (kumpulan yang berkumpul) mengetuk cermin adalah untuk memberitahu ada orang di belakang, namun jentera bomba berkenaan mengundur dengan laju.

“Dia (Muhammad Adib Mohd Kassim) bukan dipukul, malah kami yang berada di situ membantu mengeluarkannya,” katanya pada sidang media di kuil Sri Maha Mariamman di sini, hari ini.

Regu berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung kejadian itu, tetapi tidak membuat laporan polis.

“Kami sudah beritahu kepada kementerian (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), kami juga baru dapat tahu, setakat ini tidak membuat laporan kerana tidak ada kena mengena dengan pihak kuil.

“Mereka (kumpulan yang berkumpul) menunjukkan teladan yang baik, kami bantu mereka (anggota bomba), tapi kami yang diserang,” dakwanya.

Dalam kejadian awal pagi semalam seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera, manakala jentera dinaiki turut dirosakkan kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar kuil Sri Maha Mariamman, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu.

Anggota berkenaan diserang selepas pasukan bomba dari balai terbabit tiba di lokasi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dilaporkan berkata, mangsa, Muhammad Adib, 24, yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13964

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13131

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news