Maszlee perlu serius tangani sekolah daif 0 5899

KUCHING: Pergerakan Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) membidas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berhubung kenyataannya mengenai isu sekolah daif di negeri ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh empat Ketua Pemuda parti komponen GPS, Gerald Rentap Jabu mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Snowdan Lawan dari Parti Rakyat Sarawak (PRS), Micheal Tiang dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Robert Ayu dari Parti Progresif Demokratik (PDP).

ADVERTISING

Mereka menuntut supaya Maszlee serius dengan kenyataannya untuk menangani isu sekolah daif, bukan mempolitikkannya apabila cuba menyalahkan kerajaan negeri Sarawak berikutan masih banyak sekolah daif di negeri ini.

“Pemuda GPS menyambut baik kenyataan Menteri Pendidikan untuk menyelesaikan isu sekolah daif di Sarawak, selepas beliau melawat dua sekolah di negeri ini dan menyatakan kesanggupan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak untuk menangani isu itu.

“Namun sesuatu yang agak janggal apabila beliau meminta Sarawak supaya kurangkan politiking sedangkan kenyataan beliau sendiri jelas berbau politik apabila meletakkan kerajaan negeri Sarawak sebagai bertanggungjawab terhadap itu sekolah daif di negeri ini,” katanya.

Mereka kesal, kerana Maszlee seolah-olah tidak sedar bahawa pendidikan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan bukannya kerajaan negeri, malah pemimpin Pakatan Harapan (PH) pernah menjadi Menteri Pendidikan sebelum ini termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad (1974-1978) ; Datuk Seri Anwar Ibrahim (1986-1991) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (2009-2013 dan 2013-2015).

“Kenyataan Maszlee yang menyebut bahawa negeri sekaya Sarawak mempunyai banyak lagi sekolah daif adalah tidak masuk akal dan ibarat ‘meludah ke langit’.

“Tindakan menuding jari kepada mana-mana pihak harus dihentikan kerana semua perlu bertanggungjawab dan bergerak ke hadapan ke arah menangani masalah rakyat, bukannya asyik hendak mencari salah orang lain,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kebanyakan sekolah daif di Sarawak sudah wujud lebih 30 hingga 40 tahun dan sudah tiba masanya untuk dinaiktaraf atau dibina baharu.

Justeru, Pemuda GPS menggesa supaya Maszlee memohon kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, supaya memberikan peruntukan lebih besar untuk menangani isu sekolah daif, bukannya hanya menyediakan RM100 juta untuk dikongsi seluruh negara.

“Kerajaan terdahulu meluluskan peruntukan berjumlah RM2.5 bilion untuk membaiki dan menaiktaraf sekolah daif bagi 2018 dan 2019, masing-masing RM1 bilion untuk Sabah dan Sarawak, RM500 juta untuk Semenanjung.

“Tahun ini, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerajaan terdahulu juga menyediakan peruntukan RM419.05 juta untuk membina dan membaikpulih sekolah daif di Sarawk. Sebanyak 50 sekolah yang dibina Jabatan Kerja Raya (JKR) telah siap dengan kos RM138.45 juta, manakala daripada 66 sekolah dibina Kementerian Pendidikan dengan kos RM280.6 juta, 17 lagi belum siap,” katanya.

Menurut Pemuda GPS lagi, peruntukan untuk Sarawak itu masih berbaki RM581 juta yang sepatutnya dibawa ke tahun 2019, namun kini Kerajaan Persekutuan hanya memperuntukkan RM100 juta untuk seluruh negara. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news