Lebih 500,000 dijangka sertai himpunan ICERD 0 6283

KUALA LUMPUR – Lebih 500,000 peserta dijangka akan menyertai himpunan aman meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), 8 Disember ini.

Koordinator himpunan mewakili Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, Umno menjangkakan seramai 200,000, wakil Pas mungkin seramai 300,000 manakala badan bukan kerajaan (NGO) lebih kurang 50,000 ribu orang.

“Kita sasar 500,000 peserta daripada Umno, Pas dan NGO akan sertai himpunan 8 Disember ini di Dataran Merdeka.

“Kita akan ‘putihkan’ Kuala Lumpur dengan pakaian putih yang dipakai peserta himpunan yang datang dari seluruh negara,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga berkata, matlamat himpunan itu tiada sebarang niat mencabar sesiapa cuma ingin mempertahankan hak Melayu dan Islam sahaja. – Sinar Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news