Warga emas kerugian RM14,000 selepas ditipu sindiket di Betong 0 5836

KUCHING: Seorang warga emas berusia 67 tahun mengalami kerugian RM14,000 setelah terpedaya dengan sindiket penipuan Bantuan Kebajikan di daerah Betong semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata ketika kejadian wanita yang sedang menjaja di Pasar Tamu Betong itu didatangi seorang perempuan yang menawarkan bantuan kebajikan.

“Setelah diyakinkan oleh suspek, mangsa kemudian diajak menaiki sebuah kereta bersama dengan dua orang lagi suspek lelaki kononnya untuk mengambil bantuan kebajikan.

“Semasa di dalam kereta, suspek mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas serta wang tunainya bagi menyakinkan pihak yang memberi bantuan bahawa mangsa adalah orang susah. Setelah itu, mangsa ditinggalkan di suatu tempat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mustafa berkata, orang awam dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan pihak yang menawarkan sebarang bantuan kebajikan, laporkan perkara tersebut di balai polis berdekatan jika meragukan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13919

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13076

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news