Abang Jo nafi arahan gugur istilah ‘negeri’ 0 5775

KUCHING: Arahan kerajaan negeri Sarawak untuk istilah ‘negeri’ digugurkan serta-merta dalam semua urusan rasmi kerajaan adalah tidak benar, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (gambar fail).

Beliau, bagaimanapun, berkata apabila pindaan terhadap Perkara 1(2) Perlembagaan Malaysia dilakukan maka tindakan sedemikian menjadi penting memandangkan Sarawak menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Selepas pindaan nanti, kita (Sarawak) bukan lagi negeri tetapi wilayah,” katanya sambil mengulangi pendirian bahawa Sarawak masih dalam Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas arahan itu yang tular dalam media sosial selepas merasmikan Pameran Latihan dan Kerjaya Sarawak 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini hari ini.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, keputusan menggugurkan perkataan ‘negeri’ dalam semua urusan surat rasmi kerajaan telah diumumkan oleh Abang Johari pada satu taklimat di Betong, kira-kira 140km dari sini, beberapa hari lalu.

Semalam, akhbar itu memetik Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai berkata, keputusan tersebut dibuat susulan pindaan yang akan dibuat ke atas Perkara 1(2) Perlembagaan Malaysia.

Menurutnya, MA63 ditandatangani oleh tiga wilayah – Malaya, Sabah dan Sarawak – dan oleh itu negeri itu tidak bioleh disama tarafkan dengan negeri-negeri lain.

“Niat kita cuma untuk membezakan Sarawak dengan negeri-negeri lain yang ada dalam Malaysia tetapi bukan penandatangan MA63,” katanya seperti dipetik oleh akhbar berkenaan. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news