Abang Johari cadang hanya 100% parti tempatan bergerak di Sarawak 0 6082

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Abang Johari Openg hari ini mencadangkan agar hanya parti 100% berasaskan Sarawak dibenarkan bergerak di negeri itu.

Sehubungan itu, kata beliau, mungkin ia sesuatu yang mendesak dan perlu untuk menggalakkan penubuhan parti pembangkang baharu yang berasaskan Sarawak sepenuhnya serta tidak bersekutu dalam apa jua cara pun dengan parti politik bukan dari Sarawak untuk menyertai politik negeri itu.

“Bagi kami GPS (Gabungan Parti Sarawak), kami benar-benar sebuah parti berasaskan Sarawak dan diterajui hanya oleh anak Sarawak,” kata Abang Johari, yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Hari ini, kami tidak ada parti pembangkang yang 100% berasaskan Sarawak dan Pakatan Harapan (PH) Sarawak hanya merupakan Pakatan Harapan kebangsaan cawangan Sarawak, yang berpusat di Semenanjung, dengan pemimpinnya daripada Persekutuan Tanah Melayu,” jelas beliau dan menambah PH Sarawak hanya boleh bersuara dengan amat sedikit tentang dasar kebangsaan bagi pihak Sarawak.

“Kita telah belajar daripada sejarah tentang bahayanya Sarawak menjadi terlalu rapat dengan parti daripada parti dari Semenanjung hingga terpaksa tunduk kepada politik kebangsaan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Beliau berkata mereka juga tidak mahu bukan orang Sarawak mempengaruhi Sarawak di belakang tabir dan dalam konteks PBB, jelas beliau, “kami sentiasa membantah Umno daripada melebarkan sayapnya ke Sarawak dan perkara ini akan terus menjadi dasar kami.”

Jelas Abang Johari, oleh itu, adalah tidak silap apabila beliau menyekat mereka yang bukan merupakan orang Sarawak daripada memasuki negeri itu dan mendakwa mereka mungkin berada di negeri itu bagi membangkitkan sentimen dan emosi yang boleh memusnahkan keharmonian dan memecahbelahkan perpaduan rakyat Sarawak.

“Risiko terdapat anasir yang mengganggu keamanan dan keharmonian kita adalah antara sebab utama saya tidak akan melepaskan hak Sarawak untuk mengawal dasar imigresen kita,” tegas beliau. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13010

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news