Abang Johari menghargai sumbangan PETRONAS tetapi tidak rela putih mata 0 6040

KUCHING, 21 MAC 2019 (SNN) – Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Abang Openg, Ketua Menteri Sarawak, berkata bahawa beliau menghargai sumbangan PETRONAS selama ini tetapi Sarawak tidak rela putih mata selama-lamanya.

Oleh sebab itulah Kerajaan Negeri Sarawak telah mengambil inisiatif menggubal ordinan berkaitan minyak dan gas serta juga mengenakan cukai jualan sebanyak 5%.

Beliau berkata pendapatan dari semua ini adalah untuk membina infrastruktur setanding dengan Semenanjung, khususnya untuk penduduk luar bandar.

Abang Johari telah berucap ketika merasmikan Signing Ceremony Onshore Maintenance Construction & Modification Services (ONMCM) PACKAGE D (SARAWAK GAS) & PACKAGE E (SARAWAK OIL)petang tadi di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching.

Majlis ini dianjurkan oleh PETRONAS dan Serba Dinamik Sdn. Bhd untuk memberi peluang kepada dua buah syarikat Sarawak menyertai industri minyak dan gas di Bintulu, Sarawak.

Majlis menurunkan tandatangan oleh Serba Dinamik Sdn Bhd dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd. Penganjur majlis ini adalah Dato’ Dr. Ir. Mohd Abdul Karim Bin Abdullah, Group CEO Serba Dinamik Berhad dan Tan Sri Wan Zulkiflee Bin Wan Arffin, President and Group Chief CEO, PETRONAS.

Turut hadir adalah Datuk Amar Awang Asfia Awang Nassar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak; Tan Sri Morshidi Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak; Tan Sri Hamid Bugo, Pengerusi PETROS dan Haji Abdul Kadier Sahib, Pengerusi Serba Dinamik Sdn Bhd.

PETRONAS Carigali Sdn Bhd telah memberikan Package D dan Package E kepada Serba Dinamik Sdn Bhd. Seterusnya pula Serba Dinamik Sdn Bhd pada majlis ini telah melantik dua buah syarikat sebagai vendordalam kerja-kerja berkaitan. Syarikat tersebut adalah Eastwind Solutions Sdn Bhd dan Ropetech Sdn Bhd.

Mohd Abdul Karim dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Beliau juga berkata Sarawak beruntung kerana mempunyai Abang Johari sebagai Ketua Menteri yang sangat prihatin dengan industri minyak dan gas.

Di samping itu beliau juga mengimbas kembali bahawa Serba Dinamik Sdn Bhd pada mulanya adalah sebuah syarikat dalam program vendor PETRONAS. Kini syarikat Sarawak ini telah disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan berkembang ke merata dunia.

Adalah menjadi hasrat beliau agar vendor yang dilantik pada majlis ini akan turut mencapai kejayaan. Abdul Kadier, Pengerusi Serba Dinamik Sdn Bhd telah menyampaikan dokumen pelantikan vendor.

Abdul Kadier telah menyampaikan dokumen pelantikan vendor
Seramai hampir 200 orang telah hadir terdiri dari ahli perniagaan, pegawai kanan kerajaan dan ketua masyarakat.

Di samping itu pelajar CENTEX yang sedang mengikuti kursus berkaitan minyak dan gas telah hadir juga.-Sarawak News Network

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news