Ahli Parlimen Labuan keluar UMNO, sertai WARISAN 0 6885

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli sebentar tadi mengesahkan keluar UMNO dan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Beliau menyerahkan borang menyertai parti berpangkalan di Sabah itu kepada Timbalan Presiden WARISAN, Datuk Darell Leiking dalam satu majlis khas, di sini.

Rozman yang menjadi Ahli Parlimen di pulau bebas cukai itu sejak tahun 2013 berkata, keputusan itu dibuat selepas berfikir panjang dan mendengar pandangan pelbagai pihak demi masa depan Labuan dan kesejahteraan rakyatnya.

Katanya, perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) memberi peluang untuk Labuan memperbaiki sistem pentadbiran peringkat struktur dan membolehkan ia keluar dari situasi di mana wilayah ini ditadbir dari jauh di Putrajaya dan kekuatannya sebagai sebahagian dari Pulau Borneo itu berkurang.

“Labuan memerlukan ‘empowerment’ yang cukup luas bagi bergerak lebih pantas dan rapat dengan jiran berdekatan. Hubungan dengan Sabah harus lebih rapat dan jitu.

“Maka wajar pembaharuan ini bermula dengan Ahli Parlimen Labuan datang dari sebuah parti berpusat di Sabah. Saya percaya langkah ini akan menjadi lembaran baharu ke arah hubungan antara Labuan dan Sabah lebih intim dan produktif yang membawa faedah kepada kedua-duanya,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata, hubungan rapat dengan rapat dengan Sabah juga demi kepentingan sektor minyak dan gas, selain mahu bersama pemimpin Sabah dan Sarawak dalam memperjuangkan hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Alhamdulillah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan komitmen ke arah merealisasikan hasrat itu (MA63).

“Saya turut gembira dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal kepada saya di mana beliau memberi jaminan kerajaan Pusat dan Sabah perlu memberi perhatian secukupnya kepada Labuan,” katanya.

Beliau berkata, satu fasa baharu dalam hubungan politik, ekonomi dan pentadbiran yang lebih erat antara Labuan dan kerajaan Sabah harus diwujudkan.

Katanya, itu juga diinginkan pucuk pimpinan WARISAN yang mana calonnya hampir memenangi kerusi Labuan pada PRU-14 dan kini dengan penyertaan beliau dalam parti sama, hasrat ini menjadi realiti.

“Keadaan ekonomi semasa dan kedudukan Labuan dalam Malaysia yang unik berbanding dengan kawasan Parlimen lain memerlukan saya membuat keputusan ini.

“Saya perlu memenuhi harapan rakyat yang rata-ratanya terkesan dengan kejatuhan industri Minyak dan Gas di Labuan. Masyarakat Labuan adalah sebuah komuniti rapat antara satu sama lain.

“Sebagai Ahli Parlimen, rakyat memerlukan khidmat saya membantu mereka dengan segera dan tanpa membuang masa agar ekonominya dapat berkembang semula. Saya juga mahu memastikan penggal kedua saya ini cukup produktif dan bermanfaat untuk penduduk Labuan,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

COVID-19 tidak halang Sarawak adakan PRN 0 5417

COVID-19 tidak halang Sarawak adakan PRN

SIBU: Pandemik COVID-19 tidak akan menghalang Sarawak daripada mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 mengikut undang-undang, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing hari ini.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan dalam kalangan rakyat bahawa negeri ini akan menerima nasib yang sama seperti Sabah yang menyaksikan peningkatan kes COVID-19 selepas mengadakan pilihan raya negeri pada 26 September lalu, beliau berkata pilihan raya itu masih boleh diadakan dengan syarat prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan ketat.

“COVID-19 adalah satu faktor tetapi ada negara yang mengadakan pilihan raya pada tempoh pandemik ini. Antaranya Singapura, Korea Selatan dan baru-baru ini, New Zealand.

“Mereka mengadakan pilihan raya tanpa masalah dengan syarat SOP dipatuhi dengan ketat,” katanya.

Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan upacara pecah tanah untuk Pakej A: Pembinaan dan Penyiapan Cadangan Jalan Sungai Bidut/Kampung Sebedil/Kampung Bungan Kecil di Bawang Assan hari ini.

“Kita tiada pilihan, jika kita tidak buat sekarang, selepas lima tahun (tempoh tamat) secara automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan,” katanya dan menambah beliau tidak tahu apa-apa peruntukan yang membolehkan sesuatu pilihan raya ditangguhkan.

Beliau mengulangi bahawa sekiranya pilihan raya tidak diadakan, pada Jun tahun hadapan DUN akan dibubarkan dan Sarawak tidak akan mempunyai kerajaan.

“Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya terletak kepada ketua menteri,” tambahnya.

Mengenai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan bertanding di Bawang Assan pada pilihan raya negeri nanti, Masing berkata ia bergantung kepada calon yang ditentukan oleh Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan disokong Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS.

Masing berkata siapa pun calon, pengundi harus memberi sokongan penuh terhadap perubahan yang akan dilakukan di kawasan itu selepas mereka dipinggirkan begitu lama dari segi pembangunan infrastruktur.

Untuk GPS, kerusi Bawang Assan secara tradisionalnya diperuntukkan kepada SUPP dan penyandangnya kini adalah Presiden Parti Sarawak Bersatu, Datuk Seri Wong Soon Koh yang dilaporkan akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya negeri akan datang.

Wong yang memenangi kerusi itu apabila bertanding buat pertama kali sebagai calon SUPP pada pilihan raya negeri 1996, tidak pernah kalah dan menang sekali lagi pada 2016 walaupun beliau meninggalkan SUPP kerana masalah dalaman dan membentuk Parti Rakyat Bersatu (UPP), sebuah parti mesra Barisan Nasional.

Sementara itu, mengenai projek jalan raya 21.7 kilometer (km) bernilai lebih RM104.5 juta, Masing berkata apabila siap pada November tahun hadapan, ia akan menghubungkan Kampung Tutus, Kampung Sebedil dan Kampung Bungan Kecil ke bandar Sibu.

Beliau berkata Pakej B projek itu akan membabitkan pembinaan jalan raya sepanjang 16 km dengan kos RM200 juta menghubungkan kawasan berkenaan dengan Jambatan Igan sejauh 1.38 km yang sedang dibina di Igan, Mukah bernilai RM285 juta. – BERNAMA – Berita Harian

Spread the news

Beri peluang PM selesai krisis pandemik 0 5393

Beri peluang PM selesai krisis pandemik

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diberi masa untuk menyelesaikan krisis pandemik COVID-19 yang ketika ini melanda negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata selain krisis pandemik, negara ketika ini turut diuji dengan isu ekonomi, sekali gus menuntut semua pihak mengenepikan masalah kecil dan kembali kepada penyatuan serta perpaduan, selain muafakat dan kerjasama.

“Tak payahlah kita fikir pengganti buat masa ini…kita muafakat, bantu kerajaan. Bila COVID-19 reda, segera bubar Parlimen dan serah (mandat) pada rakyat.

“USA (Amerika Syarikat) lagi banyak kes COVID-19 dan mereka pun ada pilihan raya. Beri peluang PM (Perdana Menteri) selamatkan negara dan nyawa rakyat dulu. Saya percaya PM serah pada rakyat,” katanya melalui Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah portal mengenai kenyataan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon yang layak untuk menggantikan Muhyiddin.

Menerusi satu lagi ciapan, Annuar menegur kenyataan dibuat Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, yang menuduh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menentang semangat setiakawan.

“Adalah baik sekiranya kita semua mengurangkan selar-menyelar secara terbuka kerana ia tak banyak membantu. Mari kita harmonikan situasi dan pandang ke hadapan. Sesiapa yang lebih ramai kawan akan menang ke atas mereka yang mencipta permusuhan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas program Operasi Sanitasi Awam, di Presint 4, di sini, hari ini, Annuar mengulangi kenyataan sama dengan menuntut semua pihak mengutamakan kerjasama dan penyatuan..

“Kepada parti politik termasuk parti saya sendiri dan kawan-kawan serta saya sendiri, saya fikir kita kena utamakan kerjasama dan penyatuan.

“Kalau kita dah stabil (krisis COVID-19) seperti itu dan kalau nampak keadaan (politik) masih tidak stabil kerana masing-masing pihak ada majoriti tipis, kita adakah pilihan raya umum.

“Kita bincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin adakan pilihan raya secara maya. Apabila berlaku ketidakstabilan akan ada pihak merasakan mereka boleh menjadi perdana menteri,” katanya. – Berita Harian

Spread the news