Ahli Parlimen Miri sumbang makanan percuma RM75,000 kepada lima sekolah di Rantau 0 5748

Murid kurang berkemampuan dari lima buah sekolah di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini menerima sumbangan peribadi berbentuk kupon program makanan percuma bernilai RM75,000 daripada Anggota Parlimen Miri Dr Michael Teo Yu Keng.

Teo berkata pemberian kupon itu diberikan kepada kira-kira 300 murid dengan setiap daripada mereka menerima sumbangan antara RM50 hingga RM150.

“Sebelum ini saya sudah melaksanakan program seperti ini di lapan buah sekolah di sekitar Miri. Melihat sambutan dan respons yang baik, justeru saya meneruskan program bantuan kupon makanan percuma ini di Rantau atas permintaan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) PKR Rantau, Dr S Streram.

“Bantuan peribadi ini akan diteruskan selagi ada permintaan dari pihak sekolah dan selagi saya mampu membiayainya,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan kupon program makanan percuma di Sekolah Kebangsaan (SK) Sendayan hari ini.

Turut hadir, Penyelaras DUN PKR Rantau yang juga merupakan calon Pakatan Harapan Pilihan Raya Kecil DUN Rantau Dr Streram dan Anggota Parlimen Lubuk Antu Jugah Muyang.

Beliau berkata sumbangan ikhlas itu diberikan kepada sekolah yang memerlukan bantuan.

“Sesiapa yang menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan, saya akan pergi ke sekolah tersebut dan sebarang permintaan oleh mana-mana pihak,saya akan pergi bergantung kepada keupayaan sendiri,”katanya.

Sementara itu, Streram berkata beliau berharap sumbangan ini dapat meringankan beban pelajar dari keluarga kurang berkemampuan serta golongan isi rumah berpendapatan rendah B40.

“Diharapkan sumbangan ini memberi bantuan kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan kekangan kewangan bukan alasan untuk tidak berjaya.

“Bantuan yang diberikan oleh Teo ini boleh dijadikan model dan panduan dan diharapkan selepas ini lebih ramai syarikat korporat yang lain akan melakukan sumbangan dan melaksanakan program seperti ini di Rantau,”katanya.

Sekolah yang terpilih untuk program itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Min Kuala Sawah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kombok, SJKT Rantau, SK Sendayan dan SK Siliau

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12928

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12216

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news