Ahli Parlimen perlu isytihar semua harta, termasuk derma, wasiat dan pusaka 0 5802

SHAH ALAM: Semua Ahli Parlimen perlu mengisytiharkan semua harta masing-masing, termasuk sumber pendapatan daripada derma, wasiat dan pusaka.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, berkata Ahli Parlimen perlu jujur berhubung perkara itu bagi mengelak timbulnya masalah di kemudian hari.

“Semua Ahli Parlimen kena isytihar aset secara penuh, kena beritahu daripada sumber mana. Jika dia (Ahli Parlimen) ada dapat gaji (daripada sumber lain), dia kena isytihar ada dapat gaji.

“Contohnya dia ada pakcik yang amat kaya sudah meninggal dunia dan beri harta pusaka kepada dia, dia kena isytihar. Contohnya ada orang bagi dia hadiah dan derma dalam jumlah yang besar, dia kena isytihar.

“Adalah lebih baik isytihar awal-awal, jangan apabila sudah kena (tangkap SPRM) baru hendak isytihar. Dia juga kena isytihar liabiliti, jadi SPRM dapat bandingkan antara aset dan liabiliti,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang tidak bersetuju dengan langkah kerajaan mewajibkan Ahli Parlimen termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pengisytiharan harta oleh Ahli Parlimen pembangkang adalah tidak adil kerana mereka turut memiliki sumber pendapatan lain, selain elaun Ahli Parlimen.

Najib berkata, adalah tidak adil jika seseorang Ahli Parlimen yang mempunyai punca pendapatan lain, kemudian diisytihar sebagai aset serta dimasukkan sebagai punca pendapatan sebagai Ahli Parlimen.

Pada 1 Julai lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang mengisytiharkan harta mereka termasuk isteri atau suami, anak serta pemegang amanah dalam Akuan Berkanun.

Akuan Berkanun terbabit kemudian perlu dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh usul itu dipersetujui dan disalinkan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Senarai nama Ahli Parlimen yang mengisytiharkan harta akan dipaparkan dalam portal SPRM dan hanya butiran pengisytiharan harta akan dipaparkan di portal berkenaan.

Ahli Parlimen yang gagal berbuat demikian akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengikut Peraturan Mesyuarat 80 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kerana melanggar hak dan keistimewaan majlis. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12932

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news