PUTRAJAYA – Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Menerusi perkongsian di Facebook Ahmad Zahid hari ini, beliau memaklumkan bahawa pertemuan itu dibuat sempena bulan Ramadan.
“Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak saya telah bertemu dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
“Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua,” katanya.
Difahamkan ini pertemuan rasmi pertama antara Ahmad Zahid dan Mahathir selepas BN mengalami kekalahan dalam PRU14 lalu. – Sinar Harian