AirAsia tawar 5 juta tempat duduk promosi 0 5754

Tambang tempat duduk promosi ini dibuka kepada semua termasuk untuk ahli AirAsia BIG dengan harga bermula daripada RM15 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik, termasuk Kuantan, Johor, Langkawi, Silangit – Danau Toba, Phu Quoc, Hua Hin, Phuket  dan banyak lagi.

SEPANG – Berita baik buat semua rakyat Malaysia apabila syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, AirAsia sekali lagi mengadakan Kempen Tempat Duduk Percuma AirAsia dengan 5 juta tempat duduk promosi ditawarkan.

Tambang tempat duduk promosi ini dibuka kepada semua termasuk untuk ahli AirAsia BIG dengan harga bermula daripada RM15 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik, termasuk Kuantan, Johor, Langkawi, Silangit – Danau Toba, Phu Quoc, Hua Hin, Phuket  dan banyak lagi.

Manakala ahli AirAsia BIG pula boleh menikmati akses lebih awal untuk promosi ini bermula 2  hingga 9 September 2018. Tempahan perjalanan boleh dibuat menerusi laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk tempoh perjalanan antara 18 Februari 2019 dan 26 November 2019.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata pihaknya menawarkan 5 juta tempat duduk promosi sekali lagi untuk membolehkan semua orang terbang ke lebih daripada 130 destinasi dalam rangkaian AirAsia dan AirAsia X.

“Ahli AirAsia BIG pula akan menikmati lebih banyak faedah, termasuklah diskaun segera, apabila mereka menempah penerbangan di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia. Untuk mendaftar sebagai ahli AirAsia BIG secara percuma, layari airasia.com dan klik ‘Daftar’.

“Mulakan percutian dengan menempah tempat duduk bersama keluarga dan rakan dengan pilihan ‘Pick A Seat’. Semua tempahan pilihan tempat duduk yang dibuat dalam tempoh kempen ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus,” katanya.

Tambahnya, para ahli yang terbang dengan AirAsia X pula boleh menikmati tambang tempat duduk promosi termasuk semua untuk ahli daripada serendah RM159 dari Kuala Lumpur ke Bali, Jeju, Seoul, Osaka, Amritsar, Sydney, Melbourne dan Hawaii.

“Ahli juga boleh terbang dengan lebih selesa dengan menempah tempat duduk Premium Flatbed dari Kuala Lumpur ke Bali, Jeju, Busan, Jaipur dan Sapporo bermula daripada RM399,” ujarnya lagi.

Pelanggan yang bukan ahli boleh menempah tempat duduk promosi bermula daripada RM20 dari 3 hingga 9 September 2018.

Selain itu, pengguna BigPay juga boleh menikmati caj pemprosesan dengan kadar sifar, diskaun untuk pra-tempahan bagi hidangan dalam penerbangan dan bagasi daftar masuk apabila mereka membayar menggunakan kad BigPay.

Rakan aktiviti perjalanan AirAsia, Vidi turut menawarkan promosi eksklusif berupa diskaun sebanyak 15 peratus dengan kod promosi FREESEATS15 untuk semua aktiviti yang ditempah di vidi.co.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15390

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news