Anak jumpa bapa tergantung di Sarikei 0 14231

SARIKEI: Seorang lelaki berusia 29 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di biliknya di sebuah rumah di sini, petang semalam.

Kejadian itu disedari oleh anaknya sekitar 3 petang yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada ibunya.

Ketua Polis Daerah Sarikei Superintenden Awang Alfian Awang Bujang berkata isteri mangsa yang bergegas ke bilik itu selepas dimaklumkan oleh anaknya mendapati, lelaki tersebut telah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Melihat situasi tersebut, isteri mangsa terus memaklumkan kejadian tersebut kepada ahli keluarganya yang lain dan kemudian bertindak membawa mangsa ke Hospital Sarikei untuk
mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan, luka atau kecederaan lain pada tubuh badan mangsa, selain daripada kesan jerutan pada bahagian leher mangsa.

“Hingga kini pihak polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut dan mangsa masih menerima rawatan di Hospital Sarikei,” ujarnya lagi.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news