Dr M: Kita banteras rasuah dengan tukar k’jaan 0 6026

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata gejala rasuah yang dilihat berleluasa sebelum ini telah dapat ditangani oleh kerajaan baharu pimpinan beliau sehingga masyarakat kini sudah kurang bercakap mengenainya.

Perdana menteri berkata ini kerana orang ramai termasuk syarikat dan peniaga sekarang boleh berurusan dengan kerajaan tanpa melibatkan elemen rasuah.

“Kita dapati cakap-cakap mulut dan komplen dari syarikat dan peniaga bahawa kerajaan (terpalit) rasuah tak kedengaran lagi. Dan kalau kita pergi ke luar negara tiada lagi orang bertanya, eh apa jadi kepada negara kamu?

“Ini kerana apabila kita menukar kerajaan (sebelum ini) kita sekali gus sudah banteras rasuah. Rasuah sudah hampir tidak ada kerana orang takut dengan undang undang yang kita gubal (dan dikuatkuasakan),” kata perdana menteri.

Dr Mahathir berkata demikian dalam temu bual khas yang disiarkan stesen televisyen Astro Awani.

Dr Mahathir menyifatkan usaha yang dilakukan kerajaan bagi memerangi rasuah telah membawa kepada kejayaan yang besar.

Beliau menegaskan jentera pentadbiran kerajaan juga telah dibersihkan daripada pegawai-pegawai yang didapati tidak menjalankan tugas yang diamanahkan sebaliknya disyaki melakukan penyelewengan dengan cuba mencari keuntungan buat diri sendiri.

“Kita sudah singkirkan orang macam ini dan kalau kita dapati ada unsur jenayah maka tindakan akan diambil terhadap mereka,” katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa kerajaan perlu memastikan bukti kukuh diperoleh sebelum membawa mana-mana kes rasuah melibatkan orang politik atau bukan politik ke mahkamah.

“Kita nak buat sekali (dakwa semua sekali) tak mampulah kerana setiap satu kes mesti diselidik supaya kita ada bukti jelas yang boleh diterima mahkamah…sebab itu kita tumpu kepada (kes) yang penting dulu dan yang lain akan disusuli kemudian bila kita dapat maklumat dan bukti yang cukup,” kata Dr Mahathir.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13020

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12490

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news