Angka kematian arak beracun cecah 31 orang 0 7583

KUALA LUMPUR: Jumlah terkini kematian disebabkan meminum arak mengandungi metanol di seluruh negara meningkat kepada 31 orang dengan dua lagi kematian dicatatkan di Selangor sehingga jam 9 pagi, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata setakat jam 9 pagi tadi, dua lagi mangsa dilaporkan meninggal dunia dengan kematian terbaru membabitkan dua warga asing, masing-masing warga Nepal.

“Jumlah kematian di Selangor meningkat kepada 24 orang hari ini manakala 18 orang lagi mangsa menerima rawatan di beberapa buah hospital di negeri ini.

“Dua kematian terbaru itu membabitkan dua lelaki warga Nepal meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Mangsa yang meninggal dunia berusia 29 dan 30 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mazlan berkata, setakat hari ini, jumlah keseluruhan mangsa yang terkesan akibat arak beracun mengandungi metanol di negeri itu seramai 58 orang.

“Seramai 16 orang mangsa dilaporkan semakin pulih dan sudah dibenarkan pulang manakala 18 lagi mangsa masih menerima rawatan di hospital.

“Keseluruhan mangsa yang maut terdiri daripada 10 warga Myanmar, enam warga Nepal, masing-masing dua warga tempatan dan Bangladesh serta seorang warga India. Seorang lagi mangsa belum dikenal pasti warga negaranya,” katanya lagi.

Terdahulu, Mazlan berkata seramai 10 orang termasuk tujuh warga asing berusia antara 19 hingga 48 tahun ditahan dalam 13 serbuan di sekitar daerah Shah Alam, Gombak, Sungai Buloh dan Kajang menerusi Ops Methanol yang dilancarkan sejak kelmarin.

“Lima daripada 10 suspek termasuk seorang wanita tempatan dibebaskan dengan jaminan polis manakala selebihnya masih ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,”katanya.

Menerusi operasi sama juga, Polis Selangor turut merampas 1,021 botol arak dan 1,695 tin bir pelbagai jenama. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news