PALU: Angka kematian dari gempa bumi kuat dan tsunami di pulau Sulawesi mencecah 420, kata media negara pada Ahad, ketika pasukan penyelamat bergegas untuk sampai ke wilayah bencana sementara yang terselamat membantu mengeluarkan mayat-mayat.
Agensi berita nasional Antara memetik ketua agensi bencana negara memberi jumlah kematian terkini di bandar raya pesisir pantai Palu, sementara pihak berkuasa memaklumkan angka kematian”meningkat”.
Agensi berita nasioanl Antara memetik ketua agensi bencana nasional yang memberikan angka terbaru di bandar Palu, sementara pihak berkuasa memberi amaran bahawa jumlah kemalangan jiwa”meningkat” ketika berita tiba dari kawasan terpencil yang terjejas oleh gempa bumi 7.5 magnitud dan tsunami setinggi 1.5 meter.
Sekurang-kurangnya 540 orang cedera parah, kata jurucakap agensi, sementara hospital-hospital bergelut untuk mengatasi kemasukan mangsa.
Presiden Indonesia Joko Widodo berkata tentera dipanggil ke wilayah yang dilanda bencana untuk membantu pasukan mencari dan menyelamat mengesan dan mengeluarkan mayat.
Beberapa pesawat kerajaan yang membawa bekalan bantuan berjaya mendarat di lapangan terbang utama di Palu, walaupun para pegawai mengatakan ia kemungkinan terus tertutup penerbangan komersil selama beberapa hari.
Terdapat juga kebimbangan mengenai ratusan orang yang menyertai festival pantai yang dijadualkan bermula petang Jumaat, kata agensi bencana alam.
Di kawasan bandar raya yang menempatkan sekitar 350,000 penduduk, beberapa mayat yang separuh tertimbus terdampar berhampiran pantai, sehari selepas ombak tsunami setinggi 1.5 meter melanda.
Seorang lelaki turut kelihatan mengangkat mayat kanak-kanak yang berlumpur.Ramai tidak kembali ke rumah sehingga malam dan tidur di tempat perlindungan sementara, ketakutan bahawa gempa susulan yang kuat dapat menjatuhkan rumah yang rosak.
Hospital-hospial dibanjiri oleh kemasukanvyang cedera, dengan banyak orang dirawat di kawasan terbuka sementara mangsa yang selamat membantu mengeluarkan mayat mereka yang terkorban.
Tsunami itu tercetus oleh gempa bumi kuat yang meruntuhkan bangunan dan mengakibatkan penduduk tempatan lari ke kawasan lebih tinggi ketika tembok air yang tinggi melanda Palu, sekali gus mengakibatkan gangguan bekalan elektrik meluas.
“Kita semua cemas dan bergegas lari darirumah selepas gempa,” kata Anser Bachmid, penduduk Palu yang berusia 39 tahun.
“Penduduk di sini memerlukan bantuan — makanan, minuman, air bersih”- ‘Saya terus berlari’-Rakaman video dramatik yang dirakamkan dari tingkat atas sebuah tempat letak kereta di Palu, hampir 80 kilometer dari pusat gempa bumi, menunjukkan gelombang air yang telah memusnahkan beberapa bangunan dan menenggelamkan sebuah masjid besar.
“Saya terus berlari selepas melihat ombak membadai rumah di kawasan pesisiran pantai,” kata penduduk Palu Rusidanto, yang seperti ramai warga Indonesia hanya mempunyai satu nama.
Kira-kira 17,000 orang telah dipindahkan, kata agensi bencana tersebut.”Ini adalah satu bencana berganda yang mengejutkan,” kata Jan Gelfand, pegawai yang berpangkalan di Jakarta di Persekutuan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.
“Palang Merah Indonesia berlumba-lumba untuk membantu mangsa-mangsa tetapi kami tidak tahu apa yang akan mereka jumpai di sana.
“Gegaran besar-besaran itu terasa beratus-ratus kilometer jauhnya dan ada yang mengatakan terdapat kemalangan jiwa di Donggala, wilayah utara Palu di mana sekurang-kurangnya seorang dilaporkan mati dalam gempa bumi Jumaat.
“Kita belum mendengar apa-apa dari Donggala dan ini amat membimbangkan,”kata Gelfand.
“Terdapat lebih 300,000 orang yang tinggal di sana. Ini merupakan satu tragedi, ia boleh bertambah buruk.”
Gambar yang dibekalkan oleh agensi menunjukkan sebuah pusat beli-belah yang mengalami kerosakan teruk di Palu di mana sekurang-kurangnya satu tingkat telah runtuh ke atas tingkat bawahnya, sementara gambar lain menunjukkan kerosakan teruk terhadap beberapa bangunan dan retakan besar di atas laluan.
Rakaman video menunjukkan jambatan kuning dengan runtuh dengan dua gerbang logam berpintal sementara kereta tenggelam di bawah.
Wartawan AFP di lokasi menyaksikan kerosakan yang meluas sekitar 50 meter di pedalaman.Jalan utama juga rosak dan terjejas oleh tanah runtuh, kata agensi bencana.
Malaysia turut menawarkan bantuan untuk membantu Sulawesi, kata jurucakap kerajaan kepada AFP sambil menambah Malaysia “menunggu maklumbalas Indonesia.”-
Waktu Maghrib – Gegaran pada Jumaat turut dirasakan di selatan pulau ini di kota terbesar Makassar dan di Kalimantan, sebahagian dari pulau Borneo di Indonesia.
Gegaran awal, yang diikuti dengan satu siri gegaran susulan yang sangat kuat, berlaku ketika masuk waktu Maghrib di negara majoriti Islam terbesar di dunia pada hari paling suci dalam seminggu, ketika masjid dalam keadaan sangat sibuk.
Indonesia adalah salah satu dari negara yang paling terdedah kepada bencana di bumi ini.Ia terletak di atas “Lingkaran Api” Pasifik, di mana plet tektonik berlanggar dan kebanyakan dari letusan gunung berapi dan gempa bumi di dunia ini berlaku.
Pada awal tahun ini, satu siri gempa bumi yang kuat melanda Lombok, mengorbankan lebih dari 550 orang di pulau percutian dan negara jiran Sumbawa.
Indonesia dilanda dengan satu rangkaian gempa bumi teruk lain termasuk satu gempa bumi sekuat 9.1 magnitud yang melanda luar pantai Sumatra pada 2004.
Gempa bumi itu telah menyebabkan satu tsunami yang mengorbankan 220,000 orang di seluruh wilayah, termasuk 168,000 di Indonesia.
Pada 2010, sekitar 430 orang terbunuh selepas gempa amat kuat mencetuskan tsunami Pada tahun 2010, kira-kira 430 terbunuh apabila gempa besar mencetuskan tsunami di luar pantai Sumatera, manakala lebih daripada 600 terbunuh dalam bencana gempa bumi tsunami di pulau Jawa.-AFP