Suami cemburu belasah isteri asyik sarapan dengan majikan 0 6215

MIRI:Gara-gara sering dilihat keluar bersarapan dengan majikan, seorang wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga setelah dipukul suaminya di rumah mereka di Taman Ceria Permyjaya di sini pagi kelmarin.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 pagi ketika mangsa berusia 40 tahun hendak turun kerja.

“Bagaimanapun, suaminya dipercayai tiba-tiba memukul mangsa di bahagian kepala, menampar muka dan menolaknya.

“Suami mangsa bertindak demikian dipercayai cemburu melihat isterinya keluar sarapan dengan majikan tempat isterinya bekerja,” kata sumber.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kesakitan di mata kiri dan kanan manakala tangan kiri dan kanannya lebam.

Satu laporan polis dibuat oleh mangsa pada hari kejadian untuk siasatan lanjut dan mangsa dirujuk ke Hospital Miri untuk pemeriksaan.

Susulan laporan tersebut, polis menangkap suami mangsa berusia lingkungan 40-an.

Suspek juga penjawat awam kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 323 dan 326A Kanun Keseksaan serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news