Anwar Ibrahim akui Pakatan Harapan sukar tunai janji 0 5574

KUALA LUMPUR – Setelah berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengakui agak sukar untuk mereka menunaikan janji manifesto mereka secepat mungkin.

Oleh itu, kerajaan menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk memahami keadaan ekonomi negara yang ketika ini dibebani dengan hutang besar yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan baharu di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang berusaha sedaya-upaya untuk mengembalikan negara ke landasan tepat.

“Jadi kita harus terima kenyataan seperti Tun Mahathir memberitahu beberapa projek (manifesto) yang kita janji terpaksa ditangguhkan,” katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian.

Anwar mendakwa, semua janji manifesto yang dibuat oleh PH sebelum ini adalah berdasarkan angka yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa pentadbiran mereka.

Justeru katanya, PH terpaksa menangguhkan beberapa perkara yang telah dijanjikan dalam manifesto setelah mengenal pasti angka sebenar hutang negara lebih buruk daripada yang diwartakan.

“Sekarang kita sudah menjadi kerajaan dan mendapati angka itu lebih buruk dari apa yang disebut.

“Sebab itulah unjuran kita kurang tepat,” ujarnya.

Bagaimanapun, Anwar mengakui bersyukur bahawa PH telah dipilih oleh rakyat untuk menjadi kerajaan bagi menangani masalah hutang negara ini.

Tambahnya, kerajaan mampu menyelesaikan masalah hutang negara ini sekiranya rundingan yang baik berjaya dibuat dengan pihak-pihak terbabit mengenai kos projek yang tinggi.

“Kita lihat kos projek adalah tinggi, sekiranya rundingan berjaya dibuat dengan pihak-pihak, sudah tentu kita mampu menyelamatkan berbilion ringgit,” katanya lagi.

Mengulas mengenai kerjasama yang dijalin dengan seteru lamanya, Mahathir yang bertanggungjawab memenjarakannya, Anwar berkata beliau seorang yang mudah memaafkan orang lain.

Jelas Anwar, ini merupakan masa untuk mereka dua meletakkan perkara tersebut di belakang dan bekerja bersama untuk membangunkan semula negara.

Anwar berkata, beliau tidak mengalam sebarang masalah mengenai perkara itu, melainkan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan anak- anaknya.

“Saya seorang yang mudah untuk memaafkan. Ini adalah masa untuk bekerja bersama- sama,”

“Mereka (keluarga Anwar) sangat beremosi apabila kami (Anwar dan Mahathir) banyak mengadakan rundingan secara serius, namun ianya sudah dijelaskan”katanya.

Dalam masa sama, Anwar ketika diminta mengulas sama ada beliau akan segera bertanding untuk menjadi ahli parlimen secepat mungkin, beliau berkata perkara itu tidak akan berlaku.

“Jangan risau, tiada apa-apa perkara yang berlaku dalam tempoh dua tahun ini,”ulasnya. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15415

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news