APMM Bintulu patahkan cubaan seludup diesel di laut 0 7073

BINTULU: Sebuah vesel nelayan tempatan kelas C bersama tiga kru warga asing ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu kerana disyaki cuba menyeludup minyak diesel di lokasi 1.7 batu nautika dari muara Batang Kemena di perairan Bintulu hari ini.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, tiga kru yang ditahan oleh bot peronda APMM yang sedang melaksanakan tugas rondaan di lokasi terbabit sekitar pukul 6 pagi itu adalah warganegara India.

Katanya, vesel yang ditahan didapati membawa muatan minyak dipercayai diesel dianggarkan lebih 10,000 liter yang cuba untuk diseludup.

“Vesel itu juga disyaki telah melanggar syarat sah lesen yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan membawa muatan minyak tanpa kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” ujarnya dalam sidang media di Pangkalan Jeti Polis Marin Kampung Jepak di sini hari ini.

Jelasnya, vesel dan kru tersebut akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13116

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news