Kuching: Saingan untuk Liga Malaysia 2019 belum lagi dimulakan, namun beberapa pasukan yang menyertai Liga Malaysia sudah mulai membuat persiapan bagi memperkuatkan pasukan, seperti mencari pemain baru dan Ketua Jurulatih baharu.
Tidak ketinggalan pasukan Sarawak FA. Untuk saingan Liga Malaysia 2019, pasukan Sarawak FA difahamkan akan berwajah baru dengan membawa beberapa pemain tempatan dan juga Ketua Jurulatih Baharu.
Menurut info, Presiden FAS Dato Posa Majais, dikatakan akan mengumumkan ketua jurulatih Sarawak FA yang baharu pada minggu depan.
Persoalan sekarang siapakah bakal Ketua jurulatih baharu yang akan menduduki kerusi panas tersebut? Setakat ini telah kedengaran spekulasi dan 3 nama individu telah dikaitkan dan akan dilantik sebagai Jurulatih baharu Sarawak FA.
3 nama individu tersebut adalah bekas Ketua jurulatih yang juga Lagenda Ngap Sayot iaitu Awang Mahyan dan juga dua bekas pemain Bujang Senang iaitu Abdul Jalil Ramli dan Safri Amit.
Namun diantara ketiga-tiga nama tersebut, Jalil Ramli adalah calon kegemaran ramai dan peluang Jalil untuk dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu adalah cerah bedasarkan pengalaman Jalil.
Apa pun keputusan siapakah bakal Ketua jurulatih baharu hanya dapat diketahui minggu depan atau dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikan nanti. – Kamek Miak Sarawak