FAS mungkin tarik diri 0 562

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kehadiran Peng Soon-Liu Ying di ABM suntik motivasi 0 893

Kehadiran Peng Soon-Liu Ying di ABM suntik motivasi

KUALA LUMPUR: Kehadiran beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) secara tidak langsung membantu barisan beregu campuran yang lain lebih bermotivasi.

Kelibat gandingan pingat perak Sukan Olimpik Rio ke ABM ketika tiada pertandingan boleh dianjurkan kerana dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini tentunya bakal menambahkan persaingan dan memberi daya impak yang lebih baik terhadap pemain negara yang lain.

“Sekarang ini latihan seperti biasa,” kata Tan Kian Meng yang berpasangan dengan Lai Pei Jing yang menyifatkan kehadiran gandingan itu menjadikan mereka lebih bermotivasi.

“Walaupun tiada pertandingan tetapi kami semua perlu kekal fokus. Kehadiran Peng Soon-Liu Ying pula memang bagus kerana kami akan lebih bermotivasi dengan latihan yang lebih berintensiti tinggi.”

Ketika ini, gandingan Kian Meng-Pei Jing berada di ranking ke-11 dunia dengan peluang ke Sukan Olimpik Tokyo masih cerah. Namun dengan ketiadaan sebarang pertandingan ketika ini, mereka akan terus memberikan tumpuan kepada latihan.

“Dengan keadaan sekarang ini, tiada apa-apa yang boleh diharapkan atau diminta daripada BAM kerana BAM pun sudah melakukan yang terbaik untuk semua pemain. Mungkin akan ada kejohanan dalaman pada bulan depan.

“Namun apa yang boleh dilakukan hari ini adalah sentiasa memotivasikan diri untuk kekal positif,” kata Kian Meng.

Sebelum ini, BAM bersetuju membenarkan Peng Soon-Liu Ying berlatih di ABM dengan syarat perlu mematuhi semua SOP ditetapkan termasuk melakukan ujian calitan COVID-19 dan menginap di asrama ABM di sepanjang tempoh latihan.

Selain Peng Soon-Liu Ying, BAM turut menjemput beregu lelaki profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong untuk berlatih bersama. Bagaimanapun, Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann memberitahu V Shem-Wee Kiong menolak jemputan berkenaan. – Berita Harian

Spread the news

Khabib tiba untuk pertarungan menentang Gaethje 0 697

Khabib tiba untuk pertarungan menentang Gaethje

LONDON: Khabib Nurmagomedov tiba di Abu Dhabi untuk pertarungan UFC menentang Justin Gaethje dengan dia kelihatan seperti Bane.

Bagaimanapun, topeng coronavirus yang dipakai The Eagle itu menjadi tumpuan peminat yang membandingkannya dengan Tom Hardy dalam filem Batman The Dark Knight Rises.

Topeng sebenar Khabib adalah alat pernafasan berharga pound 200 (RM1,081) yang dibuat rakan kongsi UFC, O2 Industries. Dia akan mempertahankan tali pinggang lightweight di Fight Island.

Khabib, salah seorang bintang besar UFC, bersiap untuk pertarungan pertamanya dalam setahun.

Dia akan berusaha menggunakan kaedah yang sudah dicuba dan diuji untuk memerangkap lawan ke lantai seperti yang dilakukan ketika mengalahkan Conor McGregor pada Oktober 2018.

Namun, ia mungkin sukar untuk dilakukan terhadap Gaethje yang memiliki latar belakang dalam gusti.

Jurulatih Khabib, Javier Mendez bagaimanapun tidak menganggap ia akan menjadi masalah.

“Perkara utama dengan Justin adalah apabila dia menggunakan gusti? Saya tidak pernah melihatnya. Jadi mari kita lihat apa yang akan berlaku,” katanya. – Berita Harian

Spread the news
DON’T MISS OUT!
Subscribe To Newsletter
Be the first to get latest updates and exclusive content straight to your email inbox.
Stay Updated
Give it a try, you can unsubscribe anytime.
close-link