Bajet 2019: Ahli Parlimen PKR turut melahirkan rasa terkilan 0 5851

KUCHING, 3 Nov: Wakil rakyat dari kerajaan Pakatan Harapan turut melahirkan rasa terkilan dengan peruntukan pembangunan kepada Sarawak dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Antaranya Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin, dari Parti Keadilan Rakyat, yang menyatakan belanjawan terbabit tidak menyentuh mengenai projek pembangunan infstruktur asas seperti bekalan air, elektrik, jalan kampung dan balai raya di luar bandar.

Ini terutamanya projek yang telah dibatalkanatau dibekukan pemberian peruntukan pelaksanaanya oleh kerajaan Pakatan, katanya.

“Saya sedikit kecewa dari segi peruntukan pembangunan (bagi Sarawak) sebab projek (luar bandar) yang belum mencapai 15 peratus pembangunan dan juga projek yang masih belum ditender telah dikaji semula dan ada yang telah dibatalkan, serta ada sedang dalam senarai pembekuan.

“Bagi saya, perkara yang harus kita buat adalah memberi penekanan dan mencari dana untuk memajukan kawasan luar bandar di negeri ini sebab Sarawak sudah lama ketinggalan,” katanya selepas menghadiri Program Karnival Kerjaya 2018 Peringkat Bahagian Kuching @2.0, anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sarawak di Siburan, hari ini.

Willie berkata walaupun projek terbabit telah dibatalkan atau dibekukan pemberian peruntukannya, kerajaan Pakatan mesti meletakkan sasaran tempoh waktu bagi melaksanakan projek terbabit.

“Di sini, projek penting kepada rakyat termasuk projek Jalan Padawan di Parlimen Puncak Borneo yang telah dibatalkan, walaupun sudah diluluskan kerajaan pusat sebelum ini.

“Mereka (kerajaan pusat Pakatan) sudah memberitahu saya supaya membuat rayuan,jadi saya sudah meminta pasukan saya untuk menulis surat rayuan rasmi dan meminta kerajaan pusat mengkaji semula projek yang dibatalkan atau dibekukan pemberian peruntukanya di Sarawak,” katanya.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya, beliau melihat belanjawan terbabit ada peningkatan peruntukannya kepada Sarawak walaupun jumlahnya tidak sebesar yang diterima Sabah, sambil mengambil kira keadaan negara ini yang sedang mengalami kekangan kewangan yang cukup besar, katanya.

“Jadi hasrat kerajaan untuk menambah sedikit peruntukan kepada Sarawak daripada belanjawan yang kita dapat tahun lepas, saya rasa itu sudah memadai buat permulaan, ” Willie berkata, sambil meluahkan rasa keyakinan bahawa kerajaan Pakatan akan memberi Sarawak peruntukan yang lebih pada tahun akan datang.

Beliau juga melahirkan rasa puas hati bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandardan Wilayah, serta Kementerian Kerja Raya sudah memberi penekanan untuk melaksanakan projek infrastruktur asas di Sarawak dan Sabah. — DayakDaily

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13190

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12653

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news