Bajet 2019 tidak begitu terperinci – Abang Jo 0 5909

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan Belanjawan 2019 dengan peruntukan untuk Sarawak berjumlah RM 4.3 bilion tidak begitu terperinci.

Beliau menganggarkan jumlah itu adalah untuk pembinaan lebuh raya Pan Borneo sahaja memandangkan butiran yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terlalu umum.

“Kita berterima kasih dengan belanjawan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan semalam tetapi tidak ada butiran terperinci, beliau tidak ada menyatakan tentang peruntukan untuk sekolah dan projek pembangunan luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Wanita 2018 di Pusat Konvensyen Penview di Kuching hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata beliau pernah menulis surat terbuka kepada Guan Eng mengenai peruntukan pendidikan di negeri ini di samping menawarkan pinjaman sebanyak RM1 bilion kepada Kerajaan Pusat.

Namun sehingga sekarang Kerajaan Negeri masih belum mendapat jawapan dan maklum balas daripada beliau.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13191

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12654

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news