Bajet Belanjawan 2019 Terlalu Sikit Untuk Sarawak – Dato Idris Buang 0 5901

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Muara Tuang, Dato’ Idris Buang menyifatkan Bajet 2019 tidak mesra kepada Sarawak sebagai sebuah negeri pengeluar minyak dan gas yang sepatutnya diberi pertimbangan sewajarnya melalui peruntukkan pembangunan yang lebih besar.

Menurutnya,Sarawak merupakan sebuah negeri yang sangat besar dan keperluan menyediakan bekalan asas seperti elektrik,air,kesihatan,pendidikan dan sebagainya sangat mencabar.

“Kerajaan Persekutuan sepatutnya meneliti keperluan ini dengan menyediakan peruntukkan yang mencukupi dan lebih besar.

“Sabah mendapat sekurang-kurangnya RM 700 juta lagi tambahan, walaupun Sarawak mendapat RM 4,346 juta berbanding RM 4,336 juta pada tahun ini keluasan negeri ini harus diambil kira,”katanya.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) berkata, dengan ini kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak(GPS) terpaksa memikul beban tambahan dengan cara sendiri bagi memastikan Sarawak tidak terus ketinggalan dengan memikir idea dan sumber untuk terus memacu pembangunan negeri.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news