Bantu pemilik PPR buat pinjaman perumahan, kerajaan Sarawak sediakan RM6.2 juta 0 6369

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak melalui Mutiara Mortgage And Credit Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) memperuntukkan RM6.2 juta sebagai pinjaman kepada 161 pemilik rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Samarahan Dua Tanjung Tuang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, peruntukan itu diluluskan bagi membolehkan 161 pemilik rumah PPR Samarahan Dua Tanjung Tuang membuat pinjaman perumahan mereka yang sebelum ini sukar mendapatkan pinjaman tersebut dari bank.

“Daripada 180 pemilik rumah PPR Samarahan Dua Tanjung Tuang, 161 orang tidak dapat membuat pinjaman daripada bank dan sebab itu kerajaan Sarawak melalui syarikat kewangan Mutiara memperuntukan RM6.2 juta untuk memberi pinjaman kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan kunci kepada 20 pemilik sebagai simbolik di Surau PPR Samarahan Dua Tanjung Tuang dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut projek itu, Dr Sim berkata, PPR Samarahan Dua Tanjung Tuang menawarkan 180 unit rumah teres setingkat dengan keluasan 710 kaki persegi, mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik mandi dan ruang tamu serta dapur dan tempat pakir kereta.

Malah, jelasnya, kawasan perumahan itu juga dilengkapi dengan kemudahan surau, tadika dan taman permainan.

Tambahnya, projek yang bermula pada Oktober 2015 itu siap sepenuhnya lebih awal dari jadual ditetapkan iaitu pada Februari 2018.

“Tujuan projek ini adalah untuk menyediakan perumahan yang selesa kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000,” katanya lagi.

Selain itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri juga merancang untuk menyediakan 1,000 unit rumah mampu milik Sri Pertiwi

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news