Presiden yang memanggil kami menyertai sidang medianya – Ahli Parlimen Puncak Borneo 0 Willie Monpdb

KUCHING: Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin menempelak laporan media yang mengaitkan beliau dan Ahli Parlimen Saratok Ali Biju disifatkan berubah-ubah dalam pendirian politik selepas hadir pada sidang media bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, semalam.

Willie menerusi laman Facebooknya hari ini menegaskan apa dilaporkan media mengenai kehadiran mereka bersebelahan dengan Anwar pada sidang media itu adalah salah, kerana Anwar yang telah memanggil mereka untuk menyertainya pada sidang media di Parlimen.

“Apa yang berlaku adalah, kami telah meletakkan nama kami pada kenyataan bersama sebelum ini untuk menyokong perpaduan dalam parti dan menolak politik kotor.

“Dalam kenyataan bersama itu, kami juga menasihati presiden parti kami agar bersikap adil kepada Datuk Seri Azmin Ali,” menurut Willie dalam catatan Facebooknya.

Willie mendakwa pagi semalam (Khamis) di Parlimen beliau dipanggil Presiden dan beliau sekali lagi memberitahu bahawa Anwar tidak sepatutnya menjawab media seperti itu mengenai Azmin.

“Di situlah saya dan YB Ali Biju dipanggil untuk mengadakan sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberitahu episod yang berlaku dan episodnya ialah mengenai perpaduan parti dan mempertahankan mana-mana rakan kita dengan adil,” katanya.

Dalam laporan sebelum ini, kedua-dua Willie dan Ali adalah antara pemimpin kanan PKR Sarawak yang menandatangani kenyataan bersama pro-Azmin

Mereka adalah antara 22 ahli parlimen PKR yang menandatangani kenyataan bersama yang mendesak Anwar supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan geseran dalam parti itu.

Ini adalah susulan komen Anwar semalam, yang mencadangkan supaya timbalannya Azmin Ali harus berundur dari politik jika penglibatannya dalam skandal seks itu terbukti benar.

Bagaimanapun, semalam kedua-duanya, Willi dan Ali kelihatan tampil malahan turut mengapit Anwar pada sidang media di Parlimen.

Menurut Anwar, kandungan kenyataan bersama itu tidak mencabar kredibiliti beliau sebagai presiden parti. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13140

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12512

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news