Bantuan kerajaan GPS tanpa mengira agama – Abang Johari 0 6373

KUCHING: Sarawak sedia menyalurkan bantuan untuk membina kemudahan bagi semua agama kerana menyedari kepelbagaian masyarakat majmuk adalah keunikan negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, semangat kerjasama antara kaum negeri ini merupakan aset utama untuk Sarawak terus maju ke hadapan.

“Kita memberi peruntukan khas menerusi Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) untuk membantu semua penganut bagi membangkitkan semangat kerohanian dalam semua kaum.

“Apa yang penting bagi kita ialah untuk menyebarkan fahaman semua agama adalah menjurus kepada ke arah kebaikan di mana semua orang boleh berkongsi bagaimana hendak membangunkan Sarawak.

“Itulah keindahan Sarawak dan oleh itu, kita harus bekerjasama dalam hal ini dan kerajaan Sarawak akan membantu dari segi penyediaan kemudahan dan sebagainya,” katanya ketika berucap Rumah Terbuka Hari Krismas Uskup Agung Gereja Anglikan Sarawak dan Brunei Darussalam Danald Jute di kediamannya di Gereja Anglican St Thomas di sini, hari ini.

Abang Johari menegaskan hanya rakyat Sarawak yang benar-benar memahami budaya Sarawak dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mempertahankan kepelbagaian budaya negeri ini.

“Saya memberi jaminan bahawa kerajaan GPS di bawah pimpinan saya akan mempertahankan budaya daripada pelbagai agama di negeri ini. Dengan pendekatan ini, saya yakin Sarawak akan maju ke hadapan dan seterusnya menjadi negara maju di Malaysia menjelang 2030,” ujarnya.

Beliau percaya semua agama utama di dunia seperti Kristian dan Islam mempromosikan ajaran yang baik dalam kalangan masyarakat yang akan menyumbang secara tidak langsung kepada keamanan negara dan negara.

Dari segi pembangunan institusi keagamaan di Sarawak, Abang Johari berkata, beliau akan terus menyokong Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri dalam Unit Hal Ehwal Agama Lain dalam memberikan bantuan.

Abang Johari dalam pada itu memberitahu bahawa sebidang tanah telah diluluskan untuk pembinaan bangunan UNIFOR yang akan menempatkan pejabat serta kemudahan lain untuk latihan, mesyuarat dan aktiviti-aktiviti berkaitan.

“Untuk masyarakat Hindu, saya telah memberi bantuan untuk menaik taraf kuil mereka manakala masyarakat Sikh, kami telah memperluaskan tanah untuk kuil mereka memandangkan ia agak sesak sekarang,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Danald memuji kerajaan negeri menubuhkan UNIFOR kerana ia adalah satu-satunya organisasi sedemikian di negara ini.

“Kami adalah salah satu daripada organisasi yang mendapat manfaat daripada kewujudan UNIFOR dan terima kasih banyak kepada kerajaan atas bantuan ini,” kata Danald.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih memerlukan bantuan daripada kerajaan untuk membolehkan gereja meneruskan usaha berkhidmat kepada masyarakat.

“Dan saya berharap rayuan untuk mendapatkan bantuan bagi rabcangan pembangunan semula Kolej Teologi House of Epiphany di sini akan dipertimbangkan oleh kerajaan,” ujarnya.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Uggah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak negeri, Dato Seri Fatimah Abdullah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan tetamu kenamaan lain. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news