Banyak yang diusahakan PM Najib untuk Sarawak – Abg Johari 0 5656

KUCHING: Banyak program pembangunan kerajaan persekutuan dilaksanakan di Sarawak di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkali ganda jumlahnya berbanding semasa negara dipimpin seorang bekas perdana menteri sehingga menjangkau 22 tahun, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Malah, menurutnya dalam tempoh yang singkat beliau menerajui Sarawak, hasil rundingannya dengan perdana menteri memperlihatkan banyak keputusan yang diambil Najib benar-benar menggambarkan keikhlasan kepimpinan negara untuk mendengar dan bekerjasama bagi membantu Sarawak.

Beliau memberi contoh komitmen Najib untuk melaksanakan Lebuhraya Pan Borneo, penjualan empangan hidroelektrik Bakun kepada kerajaan negeri, perbincangan mengenai syarikat minyak dan gas negeri Petros, kelulusan projek-projek pembinaan jambatan bagi merealisasikan jalan pesisir pantai Sarawak, dan banyak lagi.

“Malah sejak menjadi perdana menteri, Datuk Seri Najib sudah datang ke Sarawak ini sehingga 160 kali, pernah meninjau sehingga ke kawasan pedalaman di kawasan Ulu Kapit sana,” katanya semasa melancarkan jentera pilihan raya kawasan Parlimen P194 Petrajaya di Pusat Konvensyen Penview, Sejingkat, di sini, semalam

Abang Johari berkata apabila seseorang pemimpin itu telah bersara, beliau tidak seharusnya campur tangan dalam gaya kepimpinan pemimpin baharu yang berubah mengikut tuntutan serta peredaran zaman, dan menurutnya gaya kepimpinan Najib ketika ini dilihat cukup serasi dengan Sarawak, yang menjadi agenda penting dalam memacu pembangunan negeri.

Dalam ucapannya itu, beliau turut memberi ‘bayangan’ kemungkinan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Anggota Parlimen Petrajaya akan dikekalkan bertanding di kawasan Parlimen itu pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Namun, katanya senarai calon hanya akan dimuktamadkan dan diumumkan Najib selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) apabila tiba masanya nanti.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15435

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8424

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news