Baru Bian dilantik semula sebagai Pengerusi MPN PKR Sarawak 0 5943

KUCHING: Menteri Kerja Raya, Baru Bian, dipilih semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak.

PKR dalam satu kenyataan malam tadi, berkata Baru, 60, yang juga Ahli Parlimen Selangau, dilantik semula selepas selesai proses perbincangan dan rundingan di antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua-ketua cabang negeri Sarawak.

Mesyuarat antara Anwar dan 27 ketua cabang negeri diadakan di sini kelmarin, bagaimanapun Baru tidak hadir kerana menjalankan tugas rasminya di Lawas.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, dalam satu kenyataan bagi pihak Anwar, memaklumkan bahawa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, dilantik sebagai Pengerusi PKR Pahang.

Khamis lalu, PKR mengumumkan enam pengerusi MPN iaitu Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (Perak); Amiruddin Harun (Negeri Sembilan); Datuk Johari Abdul (Kedah); Datuk Christina Liew Chin Jin (Sabah); Zahir Hassan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Halim Bachik (Melaka).

Kelmarin, PKR mengumumkan lima lantikan baharu Pengerusi MPN iaitu Hassan Abdul Karim (Johor), Azan Ismail (Terengganu), Amran Kamarudin (Perlis), Amirudin Shaari ( Selangor) dan Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor​​​​​ (Kelantan).​​ – BERNAMA.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13148

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12619

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news