Baru Bian fokus projek sekolah daif, jalan raya dan hospital di Sarawak 0 3182

KUCHING: Menteri Kerja Raya, Baru Bian meletakkan keutamaan untuk menyelesaikan projek infrastruktur seperti menaik taraf dan membina semula sekolah daif, hospital dan jalan raya di Sarawak.

Beliau yang baharu lima hari menggalas tugas baharu itu berkata projek-projek tersebut sangat penting dan amat diperlukan di Sarawak, lebih-lebih lagi kerana memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

“Inilah perkara-perkara yang diberi keutamaan dalam kementerian saya kerana saya berasal dari Sarawak dan faham mengenai isu sebegini.

“Saya berharap rakyat Sarawak bersabar dan saya akan cuba menyelesaikan isu-isu ini khususnya membabitkan projek sekolah, hospital dan jalan raya yang kritikal,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Baru berkata selain itu, kementerian juga akan terus menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) ke atas 50 projek menaik taraf dan membina semula sekolah daif di Sarawak yang dikendalikannya.

Katanya, ia memandangkan rekod pelaksanaan sistem tersebut adalah baik dan berjaya digunapakai terhadap sekolah-sekolah daif di Semenanjung Malaysia. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15077

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8374

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news