Baru Bian mahu pastikan Lebuhraya Pan Borneo dilaksana ikut jadual 0 5605

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata beliau secara peribadi akan memantau projek Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan.

Beliau berkata itu adalah komitmennya untuk memastikan projek mega meliputi Sarawak dan Sabah itu dilaksanakan dengan jayanya dan mengikut jadual.

“Buat permulaan, saya merancang untuk melakukan lawatan ke tapak-tapak pembinaan dari Telok Melano (Lundu), Kuching ke Miri di bahagian Sarawak bersama-sama dengan pegawai kementerian bagi fasa pertama pembinaan.

“Kemudian kami akan melakukan lawatan ke bahagian di Sabah bermula dari Limbang (Sarawak). Jadualnya sedang diaturkan,” katanya kepada pemberita di Sibu, malam tadi selepas merasmikan sambutan Hari Guru Daerah Selangau.

Lebuhraya sepanjang 2,325-kilometer itu membabitkan kos kira-kira RM29 bilion dijadual siap pada 2021. Kos itu bagaimanapun sedang disemak semula.

Sementara itu, Baru berkata kedudukannya sebagai Menteri Kerja Raya telah meningkatkan, pengetahuannya terutamanya tentang sistem rangkaian jalan raya dan bangunan-bangunan kerajaan di seluruh negara.

“Tetapi bagi Sarawak, ia masih ketinggalan. Adalah menjadi agenda kerajaan baharu PH di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membaikinya di sebalik kekangan kewangan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan HARAPAN fokus pada pendekatan holistik, bebas amalan rasuah dan salah guna kedudukan bagi semua projek yang akan dilaksanakan secara pengurusan telus menerusi tender terbuka.

Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15399

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news