Baru Bian nafi boikot Kongres Nasional PKR 0 6378

KUANTAN – Menteri Kerja Raya, Baru Bian menafikan beliau memboikot Kongres Nasional PKR ke-13 sehingga diberi amaran oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baru berkata, beliau melalui Setiausaha Politiknya, Zakaria Abdul Hamid memaklumkan ketidakhadirannya kepada Sekretariat Kongres PKR kerana mempunyai urusan kerja di Ipoh, Perak semalam dan di sini, malam tadi.

Menurutnya, beliau berada di Ipoh untuk merasmikan majlis penutupan Sukan Kementerian Kerja Raya.

“Hari ini saya di Kuantan untuk mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Wilayah Timur dan Majlis Anugerah Kewartawanan Lebuhraya Pantai Timur 2018 malam ini,” katanya.

Bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak itu berkata, sebagai menteri pusat berbeza jawatan dalam politik.

“Sebagai menteri saya ada tanggungjawab yang harus dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas majlis AKLPT18 di sini.-Sinar Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13148

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12619

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news