Baru Bian nafi persekutuan mungkin minta kerajaan negeri tanggung sendiri kos selenggara jalan 0 5835

KUCHING: Menteri Kerja Raya Baru Bian menafikan bahawa kerajaan persekutuan mungkin meminta kerajaan negeri untuk menanggung sendiri kos penyelenggaraan jalan persekutuan.

Menurut Baru, laporan oleh sebuah portal berita semalam adalah tidak tepat dan beliau menegaskan tidak menyebut meminta kerajaan negeri untuk menanggung kos tersebut.

“Wartawan tersebut bertanyakan kepada saya mengenai peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan jawapan saya tidak ada kena-mengena dengan kos pembinaan dan penyelenggaraan jalan persekutuan di negeri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelas Baru lagi, pada sidang media di George Town, Pulau Pinang semalam beliau memberitahu bahawa kementeriannya mempunyai cadangan untuk kerajaan negeri menggunakan dana MARRIS bagi penyelenggaraan jalan persekutuan.

Tetapi katanya, ia cuma idea oleh kementeriannya dan bergantung kepada negeri masing-masing untuk bersetuju atau tidak.

“Ini cuma idea kementerian saya dan kita tidak boleh paksa mana-mana negeri untuk menggunakan dana MARRIS bagi penyelenggaraan jalan persekutuan,” katanya.

Baru pada sidang media tersebut turut berkata, peruntukan persekutuan bagi penyelenggaraan dan baik pulih jalan adalah tidak mencukupi.

Sehubungan itu katanya, kementeriannya melihat geran MARRIS adalah pilihan terbaik bagi mengatasi masalah itu.

Katanya, geran MARRIS sepatutnya digunakan bagi baik pulih jalan persekutuan dan jalan-jalan di kampung.

Dengan membuka geran ini untuk semua jalan ia akan memberi manfaat kepada kawasan luar bandar seperti Sarawak di mana banyak jalan kampung dalam keadaan daif.

Baru dalam pada itu berkata, beliau akan berbincang dengan kerajaan negeri mengenai cadangan kementeriannya untuk menggunakan geran MARRIS bagi menyelenggara jalan persekutuan dan jalan kampung.

Bagaimanapun katanya, kementeriaannya tidak akan memaksa mana-mana negeri untuk bersetuju dengan idea itu.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13143

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12514

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news