Baru Bian: Pendirian GPS mengejutkan 0 6400

Saya telah mengeluarkan kenyataan awal reaksi saya di atas penolakan Ahli Parlimen pembangkang terhadap usaha kerajaan untuk meminda Rang Undang Undang Persekutuan Fasal (2) Perkara 1 pada 9 April, rentetan kegagalan 59 Ahli-ahli Parlimen pembangkang termasuk Ahli Parlimen GPS, untuk mengundi.

Setelah mendengar dengan teliti alasan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen GPS dan ahli pembangkang yang lain untuk tidak menyokong pindaan tersebut, saya tidak dapat mengesan alasan kukuh atau “merit” dalam perbahasan mereka untuk tidak menyokong pindaan tersebut. Ini kerana, tujuan pindaan rang undang undang tersebut ialah untuk mengembalikan sepenuhnya kedudukan Sabah dan Sarawak kepada kedudukan asal, seperti perjanjian pra-1976, dengan mengekalkan fasal-fasal dan frasa-frasa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963, kecuali sebutan tentang Singapura.

Pindaan ini dilakukan setelah usul diberi oleh pihak Kerajaan dan ahli Parlimen GPS. Kerajaan PH telah menunjukkan keikhlasan dan niat baik kerajaan dengan menyetujui permintaan mereka, akan tetapi, apabila tiba saat genting bagi undi penentu, ahli Parlimen GPS telah menunjukkan belang sebenar mereka melaui tindakan mereka untuk tidak mengundi bagi meluluskan rang undang-undang tersebut.

Tindakan mereka ini menimbulkan keraguan tentang keikhlasan mereka dalam usaha mengambalikan kedudukan dan hak-hak Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub dalam perjanjian MA63, seperti aspirasi dan harapan seluruh rakyat Sabah dan Sarawak yang sangat diimpikan sejak sekian lama.

Merujuk kepada intipati perbahasan mereka yang mahukan perkara ini dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan, samada kepada DUN Sarawak atau YDP Agong, persoalannya, adakah ini prosedur yang dilakukan pada tahun 1976 apabila Rang Undang-Undang Fasal (2) Perkara 1 dipinda pada ketika itu?

Jawapannya ialah tidak! Mengapa perkara ini dijadikan satu isu sekarang? Malah, dakwaan mereka mengenai keperluan perkara ini dirujuk kepada DUN Sabah dan Sarawak, menurut perkiraan saya, cadangan pindaan pada tahun 1976 pasti telah dihantar ke DUN Sabah dan Sarawak untuk persetujuan dan pertimbangan mereka kerana pindaan dalam Fasal (2) Perkara 1 melibatkan penghakiskan hak-hak dan status Sarawak.

Akan tetapi, sebaliknya, usul yang diberikan oleh kerajaan baru-baru ini tidak merugikan Sarawak, malah mempunyai hasrat untuk mengembalikan kedudukan Sabah dan Sarawak kepada asalnya. Oleh itu, tidak perlulah perkara ini dibawa ke peringkat DUN Sarawak.

Manakala, untuk takrifan “Persekutuan”, YAB Perdana Menteri telah membuat penjelasan dan penerangan yang cukup jelas mengapa ianya tidak terangkum di dalam pindaan tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa “Kerajaan tidak berhasrat untuk meminda tafsiran tersebut kerana tafsiran itu akan digunapakai dalam fasal – fasal yang lain Perlembagaan Persekutuan yang masih berkuatkuasa”. Penjelasan tersebut adalah sangat terang dan jelas, malah, itulah penjelasan yang sepatutnya sekiranya beberapa Perkara selepas Perkara 160 diteliti.

Lebih-lebih lagi, sudah sekian lama Komposisi “Persekutuan” telah diterima pakai seperti yang termaktup dalam Perkara 1. Sudah semestinya ada sebab lain mengapa takrifan atau definasi dalam PERKARA 160(2) TIDAK DIGUBAL DALAM TAHUN 1963 ketika Persekutuan Malaysia ditubuhkan, dan apabila perlembagaan dipinda tahun 1976.

Penasihat Undang- Undang kepada Kerajaan pada ketika itu semestinya tidak cuai dan tidak mengambil mudah akan perkara ini untuk mengenepikan perkara yang sangat asas. Tambahan pula, usul pindaan terhadap Fasal (2) Perkara 1 boleh dilakukan tanpa mengaitkannya dengan perkara lain dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi apa yang dikatakan sebagai “pindaan holistik” dalam perbahasan ahli Parlimen GPS adalah hanya alasan mereka tidak mahu menyokong pindaan dan tidak berasas.

Kalau pun ada keraguan tentang keikhlasan usaha Kerajaan PH meminda Fasa (2) Perkara 1 tersebut, keraguan ini sepatutnya telah diperjelaskan melalui jaminan yang jelas, ringkas dan padat YAB Perdana Menteri dalam ucapan pembukaan dan penggulungan beliau, bahawa usul pindaan ini adalah hanya untuk meminda undang-undang dahulu. Manakala isu-isu lain yang termaktub dalam perjanjian MA63 yang masih belum dipenuhi sedang dibincangkan dalam Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Teknikal dan pelbagai kumpulan kluster.

Sehubungan dengan itu, usul pindaan ini boleh dilakukan bebas daripada perbincangan semasa Jawatankuasa Pemandu. Sekiranya pindaan tersebut berjaya diluluskan, Sabah dan Sarawak sudah dapat terus mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut sebagai rakan kongsi yang sah dengan taraf yang sama, dan status mereka dikembalikan sepenuhnya.

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, hujah perbahasan mereka untuk mempunyai pindaan holistik selepas merujuk perkara ini kepada Jawatankuasa Pemilihan., adalah tidak berasas dan tidak mempunyai merit, memandangkan terdapat wakil kerajaan Sarawak di dalam semua jawatankuasa yang membincangkan perkara MA63.

Sehubungan dengan itu, menerusi semangat MA63, di dalam Jawatankuasa Pemandu, Ketua Menteri Sarawak telah bersetuju atas pindaan Fasal (2) Perkara 1. Oleh yang demikian, tindakan Ahli Parlimen GPS yang lain sudah tentunya memberikan tamparan hebat kepadanya.

Sudah terang lagikan bersuluh dari undi pada 9 April 2019, Ahli Parlimen pembangkang dari Sabah (dengan pengecualian satu orang), tidak kira apa pun yang telah diperdebatkan oleh mereka, Ahli Parlimen pembangkang dari Sabah telah mengundi dengan hati nurani dan prinsip mereka untuk menyokong Rang Undang-Undang Kerajaan, tidak seperti Ahli Parlimen GPS Sarawak yang memilih untuk tidak mengundi bersama-sama dengan UMNO dan PAS.

Itu sendiri telah memberi gambaran yang sangat jelas terhadap mereka yang digelar “Pejuang Hak Rakyat Sarawak” ini, dan rakyat Sarawak sepatutnya mempersoalkan motif mereka. Adalah lebih baik bagi mereka untuk berada di tempat lain pada malam 9 April 2019 itu daripada berada di dalam dewan dan memilih untuk tidak mengundi. Pada saya, ia amat jelas terbukti bahawa mereka telah mengabaikan tugas sebagai ahli parlimen dan ini adalah satu bentuk pengkhianatan atas kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Sarawak.

Jangan lupa bahawa kami sebagai pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak menyokong usul kerajaan mengenai Akta Laut Teritorial dan permintaan 20% royalti minyak (kedua-duanya adalah usul pembangkang) kerana kami mengetahui bahawa ia adalah perkara yang sepatutnya dilakukan untuk menjaga kepentingan Sarawak.

Ia amat mengejutkan apabila Ahli Parlimen GPS tidak memegang prinsip-prinsip yang sama malah terbukti bahawa mereka sanggup mengkhianati rakyat Sarawak di saat yang genting dalam sejarah kita, yang mana, orang-orang yang celik dapat menilai bahawa ini dilakukan demi keuntungan politik mereka yang pentingkan diri.

KENYATAAN AKHBAR OLEH YB MENTERI BARU BIAN

Baru Bian
Chairman, PKR Sarawak
ADUN N81 Ba’ Kelalan
MP P214 Selangau

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13952

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news