Baru nafi ubah pendirian berhubung penyukatan perimeter tanah NCR 0 5731

KUCHING: Menteri Kerja Raya, Baru Bian menafikan beliau telah mengubah pendirian berhubung kerja-kerja penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini.

Menurut Baru, satu laporan telah diviralkan dalam media sosial mendakwa beliau telah mengubah pendirian untuk membantu penyukatan perimeter dan bukannya hak milik individu di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak.

“Suka saya nyatakan di sini bahawa berikutan perubahan kerajaan pada 9 Mei 2018, peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi penyukatan perimeter telah digunakan bagi penyukatan tanah-tanah NCR.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2019t elah memperuntukan RM40 juta untuk program khusus fokus kepada bumiputera Sarawak.

“Daripada jumlah tersebut, geran sebanyak RM21.5 juta diperuntukkan khas untuk penyukatan tanah NCR,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Baru yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sarawak (PKR) menambah, ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Sarawak (Bilangan 1 Tahun 2019) pada 18 Mac lepas, beliau telah menjelaskan bahawa geran RM21.5 juta tersebut akan digunakan untuk penyukatan hak milik individu dibawah Seksyen 18 dan bukannya untuk penyukatan perimeter di bawah Seksyen 6.

Jadi tegasnya, pendirian beliau dan PH Sarawak mengenai isu ini adalah tidak berubah seperti yang didakwa dalam media sosial. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13148

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12619

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news