Bas hidrogen percuma untuk pelancong beroperasi di Kuching 2019 0 6536

KUCHING: Perkhidmatan bas hidrogen percuma mula beroperasi di bandar raya Kuching pada 2019.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, perkhidmatan bas tersebut seperti dimaklumkan Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg disediakan untuk kemudahan pelancong luar serta pelancong domestik.

Karim pada sidang media selepas mewakili Abang Johari merasmikan Persidangan Pemuliharaan Warisan dan Kebudayaan Antarabangsa 2018 (InHERIT) di Kuching berkata, program inisiatif Kerajaan Sarawak itu berusaha mempertingkat kemudahan bidang pelancongan.

Melalui perkhidmatan sebuah bas pada peringkat awal, projek perintis itu turut beroperasi di Kuching dahulu. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13164

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12630

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news