PROJEK Transit Aliran Ringan (LRT) adalah antara projek mega yang dinanti-nantikan oleh rakyat Sarawak sejak ia diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari beberapa bulan yang lalu.
Difahamkan projek ini akan bermula di bandar Kuching dan seterusnya ke Samarahan serta Serian sebelum mungkin suatu hari nanti akan dipanjangkan ke bahagian-bahagian yang lain di Sarawak.
Selain pengumuman itu menyaksikan LRT Sarawak juga dijangka akan menggunakan teknologi hidrokarbon sebagai bahan penggeraknya.
Apa yang menjadi tanda tanya sekarang dimanakah pula laluan sebenar LRT itu nanti yang mana menurut KM Abang Jo hanya akan diwar-warkan pada 29hb Mac 2018 ini.
Dalam pada itu ketika merasmikan “Malam Harmoni” di Dataran Kota Sentosa pada hari sabtu lepas turut memberitahu bahawa salah satu laluan tersebut adalah Bazar Batu 7 yang sememangnya diketahui antara kawasan yang mengalami kesesakan trafik yang teruk.
Jadi sama-samalah kita tunggu pengumumannya pada hari Khamis, 29 Mac 2018. - RedParrot