TULAR di media sosial dan media massa mengenai PBB dan parti komponennya dari Sarawak sudahpun menyatakan akan keluar dari Barisan Nasional. Setakat ini tidaklah diketahui kesahihannya memandangkan belum ada lagi kenyataan rasmi dari Presiden PBB yang juga Pengerusi BN Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg. Cuma yang dinyatakan untuk rakyat Sarawak menunggu sehingga 12hb Jun 2018.
Perlulah diketahui pada tanggal 12hb Jun 2018 ini juga merupakan tarikh sebutan mahkamah Persekutuan berbicara mengenai kes PETRONAS vs Sarawak mengenai hak Petroleum Development Act 1976. Adakah keputusan keluar BN atau tidak mungkin mempunyai kaitan dengannya. Menurut YB Sharifah Hasidah yang juga menteri yang bertanggungjawab atas hal ini mengatakan apa jua berlaku atas keputusan mahkamah kelak, Kerajaan Sarawak akan menghabiskan cerita PDA ini sehingga ke penghujungnya.
Umpama kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. -RP-
Nota: Karikatur hanya sebagai hiasan. Kredit kepada pelukisnya.